Sunday 1 December 2013

Bersyukur dilahirkan Islam ^__^

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Al-hamdulillah ALLAH masih memberi kekuatan & keberkatan masa kepada penulis untuk meluangkan waktunya bermain dengan pena di laman blognya. Al-hamdulillah juga dengan nikmat terbesar yang ALLAH kurniakan & anugerahkan kepada penulis iaitu nikmat iman dan Islam, penulis menjadi seorang Muslimah beragama Islam yang mahu mengamalkan Islam waktu hayatnya.

Bersyukurlah, jika kalian dilahirkan sebagai seorang Muslim. Bersyukurlah jika pada kad pengenalan kalian ada tertulis kalian ini beragama Islam. Bersyukur juga jika ibu ayah dan keluarga kalian adalah insan yang beragama Islam. Tentu kalian hidup gembira kan? Mana taknya bila seorang Muslim gembira & senang dengan kehidupannya, dia menjadi hambanya yang bersyukur. Bila sahaja ujian datang bertimpa-timpa dalam kehidupannya, dia bukan malah menjadi insan yang sedih tetapi dia menjadi hambanya yang sabar & bersyukur dengan nikmat & ujian yang diberikan kepadanya. Ini kerana dia yakin ALLAH sentiasa ada untuk hambanya.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat 2, 3, & 4 yang bermaksud:

2. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. 3. Iaitu orang-orang Yang mendirikan sembahyang dan Yang mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka. 4. merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka akan mendapat pangkat-pangkat Yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia Yang mulia (di Syurga).

Sifat sebegini lah yang patut ada pada seorang Muslim barulah di benar-benar bergelar seorang Muslim. Sifat yang bagaimana? Orang-orang yang beriman itu akan sempurna imannya bila mereka gementar & takut saat nama ALLAH disebut. Bila mereka membaca ayat2 ALLAH yakni al-Quran mereka lantas bertambah imannya. Siapa orang beriman itu? Orang beriman itu ialah orang yang mendirikan solat & orang yang mendermakan sebahagian hartanya buat manusia & makhluk lain.

Pagi tadi asyik membelek gambar-gambar bayi dan kanak-kanak dalam ‘page’ – ‘Cutes Babies Photos Collection’. SubhanaALLAH, sungguh tertarik penulis dengan gambar-gambar bayi tersebut. Mereka sangat comel. Semua sahabat mesti dah lupa bagaimana kita membesar dulu kan? Kita juga pernah jadi bayi yang tidak tahu apa-apa. Hanya tahu menangis dan tahu main sahaja. Daripada bayi kita membesar menjadi kanak-kanak. Kanak-kanak Islam dididik dengan ajaran Islam, itu pun jika orang tuanya mengambil berat tentang didikan agamanya. Kita tahu serba sedikit mana yang baik dan mana yang buruk.

Indah ciptaan ALLAH terhadap manusia, sejak kita lahir kita sudah terkenal dengan keindahan wajah kita. Tak percaya try tengok koleksi2 gambar dari page Facebook ‘Cutes Babies Photos Collection’.








Ya ALLAH...sungguh indah penciptaanMu. HambaMu bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan sempurna akal & fizikal serta rohani yang bertunjangkan Islam.

Moga penulis dianugerahkan anak-anak mujahid & mujahidah Islam secomel dan seindah ini. Anak-anak yang bakal membumikan Islam dalam diri & orang sekelilingnya. Ameen. Doakan juga moga2 sahabat2 sekalian bakal dianugerahkan anak-anak yang soleh & solehah menghiasi bahtera perkahwinan anda.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah as-shafaat ayat 100 yang bermaksud:
100. " Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu anak Yang terhitung dari orang-orang Yang soleh!"

Firman ALLAH S.W.T lagi dalam surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.





No comments:

Post a Comment