Saturday 28 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Bismillahirrahmanirrahim...



Sempena tahun baharu yang bakal tiba lagi dua hari, penulis terpanggil untuk mencoret sesuatu pada blog kesayangannya. Kenapa blog kesayangan? Sebab blog ini memberi inspirasi kepada penulis untuk berkongsi & sekaligus menyampaikan dakwah serta menyebarkan kebaikan kepada semua orang melalui penulisan. Penulis nak blog ini dikenal sebagai blog yang mengajak orang kepada kebaikan walau hanya sedikit cuma, walau hanya dengan berkongsi pengalaman & rasa.

Usah kita sibuk mencari siapa pemilik blog ini, cukup sekadar kalian memahami & menilai baik & buruknya penulisan ini. Yang baik jadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan. Usah kita pertikai siapa orang yang memberi nasihat tapi pertikaikan apa yang dia bagitau, adakah menyentuh hati kita untuk jadi insan yang berubah ke arah kebaikan? Kat sini ada sedikit puisi buat tatapan kalian.

Pejam celik
Masa sudah banyak berlalu
Kini berada pada tahun baharu 2014
Nak di bentang azam baharu kita?
Nak diperbaharui azam lama atau bagaimana
Dilema sekali lagi menyinggah diri
Menyesak jiwa nan keliru             
Mujur sahaja ALLAH sayangkan ku

Ya ALLAH…
Cepat benar masa itu berlalu
Moga tahun baharu ini
Mendapat sejuta keberkatan dariNya
Moga tahun baharu ini
Memberi seribu kekuatan
Kita harungi mehnah dariNya
Pesanan buat diri nan lemah
Walau apa azam mu nanti        
Walau apa impian mu nanti
Tekadkan dalam diri
ALLAH sentiasa menemani setiap langkah seta nafasmu
Cuma kamu perlu jadi insan yang bersyukur

Tahun baharu semakin menjengah
Doaku moga ALLAH mempermudah
Andai diri diterjah mehnah
Andai diri rebah tanpa arah
Andai diri resah menanti musnah
Belai hatiku jadi insan penyabar
Jadi insan kukuh & teguh
Hilang goyahnya bila ALLAH membisik
Dalam kalam Ilahi Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (agama) ALLAH nescaya ALLAH membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Moga kata puitis yang terlakar di sini memberi manfaat & kesedaran kepada hati yang dahagakan nasihat & peringatan dari insan yang bergelar sahabat. Moga dapat memberi sejuta manfaat & kebaikan kepada insan-insan yang menjengah ke laman blog kesayangan penulis iaitu QalamWardahZinnirah.blogspot.com yang boleh penulis gelar sebagai sahabat-sahabat kerana ALLAH.







No comments:

Post a Comment