Monday 9 December 2013

Kuasa surah Al-Fatihah ^__^

Jom, sama-sama kita telusuri maksud & tadabbur surah al-Fatihah!




1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Al-Hamdulillah ALLAH masih memberi penulis kesempatan untuk berkongsi sesuatu dalam blognya. Al-Hamdulillah juga kerana ALLAH sangat menyayangi penulis kerana sehingga saat ini penulis bergelar seorang muslim & mahu menjadi muslimah dambaan syurga. InsyaALLAH...ameen. Doakan yer ^__^ Kasih sayang ALLAH sangat meluas pada hamba-hambaNya yang mahu berfikir tentang kebesaranNya.

Lumrah manusia bila ditimpa ujian adakalanya dia rebah tanpa dipinta. Lumrah manusia terkadang imannya menurun tanpa diduga menjauh daripada ALLAH, merasakan seolah-olah ALLAH telah meninggalkannya tanpa petunjuk. Lumrah manusia rasa resah bila hatinya dirasakan kosong padahal nikmat & kasih sayang ALLAH sentiasa melimpah terhadapnya. Bersyukurlah duhai jasad yang bernama hamba ALLAH.

Al-Fatihah sebaik-baik doa. Al-Fatihah sebaik-baik ayat al-Quran yg diturunkan kepada umat manusia yang mahukan petunjuk ALLAH. Al-Fatihah punya kuasa yang tersendiri bila dibaca dengan ikhlas dan penuh ketaatan pada ALLAH. Cuba di baca dengan mata hati bukan mata kasar seorang manusia biasa. Sudah tentu kamu bisa merasakan ALLAH sangat dekat dengan jiwamu, mendengar setiap hela nafasmu, memahami setiap masalah & pengaduanmu. Ini kerana ALLAH Maha Pendengar, ALLAH Maha Pengasih & Penyayang. Cubalah duhai sahabat!



ALLAH Maha Tahu setiap ujian yang kita lalui, ALLAH Maha Tahu setiap hela nafas kita. Kenapa tidak kita rungkaikan sahaja segala masalah kita padaNya? Kenapa tidak kita jadikan ALLAH tempat mengadu segala suka duka kehidupan kita? Pasti manisnya nanti kita kecapi dengan bahagia dunia akhirat.





Sama seperti surah-Al-Fatihah, andai kita merindui sahabat & keluarga cuba kita bacakan dengan mata hati. Andai ada sahabat yang membuat hati kita terluka sedekahkan Al-Fatihah padanya. Andai ada rindu pada insan yang bakal menjadi pendamping kelak sama ada di dunia atau di akhirat sana, sedekahkan Al-Fatihah padanya moga jodoh yang dimahukan seiring dengan redha ibu ayah & ALLAH. Pasti ketika itu hati kita bisa tenang kerana kita telah serahkan pada ALLAH semua urusan kita.  

Jom perbanyakkan menyedekahkan surah Al-Fatihah pada semua makhluk ALLAH!












No comments:

Post a Comment