Wednesday 25 June 2014

Muhasabah di Pagi Hari

Bismillahirrahmanirrahim...             


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...ucapan syukur tak terhingga dilafazkan kepada ALLAH Yang Maha Esa mentadbir alam ini penuh adil & saksama. Selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah menjadi wasilah penerusan perjuangan Islam. Moga Islam kan sentiasa menang di dunia ini walau ramai yang menidakkan keberadaannya & kebaikannya.

Al-Hamdulillah...semalam usai mendengar taujihat 'kata nasihat' daripada insan-insan hebat dalam perjuangan Islam ini. Sungguh kata-kata taujihat mereka membakar semangat penulis untuk terus berada di medan perjuangan ini walau sukar & badai merempuh hati. Jadi, elok rasanya penulis kongsikan apa antara mutiara & permata yang telah dipamerkan kepada kami sepanjang sesi tersebut. Syurga ALLAH manis & sukar untuk digapai kecuali dengan berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu barulah bersenang-senang kemudian. 

Permata pertama yang diperoleh penulis semasa mendengar kata-kata azimat keluar dari mulut insan-insan berjuang kerana ALLAH adalah firman ALLAH S.W.T dalam surah ali-Imran ayat 104 yang bermaksud:

104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

ALLAHUAKBAR...Penulis mahu tergolong dalam kalangan satu puak yang menyeru kepada kebaikan & melarang daripada segala yang mungkar. Ameen...Mahu sangat bukan kerana nak mengejar populariti tetapi atas dasar tanggungjawab & amanah yang terpikul di pundak bahunya. Kalian juga sebagai umat Islam punya amanah itu takkan sesekali terlepas cuma terkadang ramai yang kurang sedar akan apa matlamat keberadaannya di dunia yang fana ini.

Permata ke dua adalah tentang perjuangan Islam yang memerlukan ketaatan & wala' ahli terhadap pimpinannya. Bila keputusan syura sudah dilakukan & keputusan di bentuk secara automatik ketaatan pada pimpinan bakal terserlah. Ya, memang manusia punya banyak pendapat yang berbeza, tetapi perbezaaan itu bukan untuk mencari titik permusuhan @ pergaduhan bahkan kita mencari titik persamaan. Berbeza membuatkan manusia saling melengkapi. Satu persoalan digubah di sini, Mampukan kita terus istiqamah dalam perjuangan ini?



Mampukah kita bertindak seperti Nabi Muhammad s.a.w yang bila ditawarkan dengan harta, pangkat & wanita dengan syarat meninggalkan perjuangan Islam, Nabi s.a.w menolak. Nabi Muhammad s.a.w tetap dalam pendiriannya tidak seperti lalang yang bila ditiup angin ke kirilah ia, bila di tiup badai ke kananlah ia. Duhai diri yang lemah, ALLAH tidak menciptakan kita dengan sia-sia, kita punya tanggungjawab memakmurkan bumi ini. Bangunlah dari tidur kalian, teruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w ini.

Permata ke-tiga yang sempat di catat oleh penulis adalah juga berdasarkan firman ALLAH S.W.T dalam durah at-Taubah ayat 41 yang bermaksud:

41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Sungguh ayat di atas menggetarkan hati penulis. Ya, dia sering bertingkah untuk melakukan pengorbanan. Ya, dia sering tersasar saat sahabat-sahabat leka dengan nikmat berada & berintima' dengan perjuangan Islam. & terkadang dia masih tertanya-tanya apa sumbanganmu pada Islam? Apa sumbanganmu pada umat manusia ini yang semakin hanyut dengan fatamorgana dunia? Ya, dia sering mencipta alasan untuk tidak hadir dalam banyak program, bagaimana dosanya mahu diampun Tuhan. Mengaku menjadi umat Nabi Muhammad tetapi tidak bergerak meneruskan perjuangan Islam. Astaghfirullahal'azim...

Berjihadlah kamu dengan harta benda & jiwa kamu pada jalan ALLAH. HARTA & JIWA! Ingat duhai diri kamu hendaklah berjuang walau dalam keadaan senang atau susah dengan harta & jiwa. Usah salah anggap tentang jihad, konsepnya cukup meluasa bukan hanya berjuang & berperang di jalan ALLAH itu berjihad tetapi seluruh aspek kehidupan seorang Muslim ada kaitannya dengan jihad.

Permata terakhir yang sempat di ambil oleh penulis, asas dalam perjuangan Islam ada tiga perkara pertama siasah, ke dua dakwah & ketiga tarbiah. Tiga tonggak utama ini tak boleh sesekali dipisahkan. Jika terpisah salah satu maka mengundang padah. Perkongsian yang subhanallah....maha hebat membuka mata penulis & menaikkan semangatnya untuk meneruskan penulisan ini demi Islam. Moga sahabat juga dapat sesuatu melalui pembacaan ini. Baiklah, di bawah penulis lampirkan bersama beberapa kata-kata daripada sahabat daripada FB yang menarik untuk dikongsi bersama. Moga memberi manfaat buat ummah:





BERJUANGLAH KERANA ALLAH SELAGI NAFASMU MASIH ADA!


2 comments:

  1. follow blog ana balik.. harap bole kongsi ilmu sama2.. :)
    http://ieka0308-iekashafikah.blogspot.com/2014/06/bagaimana-hendak-menguruskan-ujian-yang.html

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. InsyaALLAH ana akan follow.

    ReplyDelete