Saturday 28 June 2014

Salam Ramadhan Kareem

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Al-Hamdulillah Ya ALLAH...kami telah sampai di bulan Ramadhan kareem. Bulan tarbiyah buat umat Islam keseluruhannya. Betapa bahagia & bersyukurnya kita dilahirkan sebagai seorang muslim. Al-Hamdulillah, penulis kembali meneruskan penulisannya setelah agak lama menyepi mencari ruang untuk diri lebih mengenali Ilahi, mencari peluang untuk terus mujahadah memperbaiki diri yang penuh dengan kelemahan ini.

Hari pertama berpuasa sungguh mendatangkan haru & sebak di dada penulis kerana sangkaannya Ramadhan 1435H ini boleh dia berpuasa penuh di kampung bersama-sama keluarga tersayang, rupanya lain yang dirancang lain yang ALLAH aturkan untuknya. Kali ini dia berpuasa di perantauan lagi bersama seorang sahabat wira dunia akhirat iaitu Siti Zawiroh Daud. Apapun penulis masih bersyukur kerana diberi peluang untuk sampai & menghayati makna sebenar bulan tarbiyah ini.

Ya, mungkin dengan berada di perantauan ini mengajar penulis untuk lebih mengerti makna merindui keluarga tersayang, ya dengan cara ini ALLAH mendidik hatinya untuk tabah & sabar. Pengorbanan itu butuh kesabaran yang tinggi & penulis tahu ALLAH sangat menyayangi hambaNya yang sabar. Walau apa pun yang terjadi kita mesti ingat ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk kita & ALLAH tak pernia sia-siakan kewujudan hamba2Nya.

Jom tengok gambar-gambar lama bulan puasa yang lepas!

Menu berbuka puasa tahun lepas punya...

Erm...sedapnya cendol ini hanya mampu tengok.

Hambali ketika bulan Ramadhan yang lepas...

Juadah bersahur...


Ni link tentang bulan Ramadhan. Nanti jika kalian rajin bukaklah yer. Setakat ini dahulu coretan penulis sempena 1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2014M. Moga memberi manfaat walau hanya berkongsi cerita sendiri yang mungkin kurang menarik pada pandangan sahabat semua. Apa pun penulis menyahut galakan Nabi Muhammad s.a.w. untuk samapikanlah walau hanya satu perkataan. Siiru 'alaa barakatillah.

No comments:

Post a Comment