Monday 16 June 2014

Jauh Bermusafir Luas Pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah...dengan nama ALLAH penulisan blog ini diteruskan juga walau dipenuhi dengan tugasan & berdebar menanti diri masuk ke dewan peperiksaan MUET nanti. Penulis hari ini mahu berkongsi tentang musafir @ berjalan-jalan di muka bumi ALLAH yang penuh keindahan memandangkan musafir adalah minat & kegemarannya jadi apa salahnya kita berkongsi rasa bagaimana menjadi seorang musafir di perantauan ini.

Baiklah di bawah penulis senaraikan beberapa ayat al-Quran yang memberi pengajaran kepada kita tentang musafir & berjalan di bumi ALLAH ini. Ayat-ayat di bawah penulis petik dari blog http://musafirghuroba.blogspot.com/2013/02/bermusafirlah.html. Moga memberi manfaat pada jiwa yang merindui Tuhan. 

Terdapat beberapa ayat Al Quran yang menyentuh tentang musafir atau pengembaraan. Antaranya ialah firman Allah dalam Surah Al An'am (6: 11) yang terjemahannya: Katakanlah (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.''

Ayat lain, Surat An-Naml (27: 69) bermaksud: Katakanlah (Muhammad) "Berjalanlah kamu di muka bumi, lalu perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.

Seterusnya dalam Surah Ar-Rum (30: 42): Katakanlah (Muhammad) "Berpergianlah kamu di muka bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan mereka adalah orang yang mempersekutukan (Allah)."

Dalam Surah Al-Hajj (22: 46), Allah berfirman yang terjemahannya: Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dada.

Manakala dalam Surah Al Mulk (67: 15) pula bermaksud: Dialah yang memjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

Penulis mahu berkongsi satu kisah bersama-sama kanak-kanak ketika menyertai sahabat-sahabat menjadi ahli jawatankuasa Kem Anak Soleh di Negeri Sembilan baru-baru ini. Seronok bersama mereka, berhadapan dengan kanak-kanak pintar yang bakal mencorak dunia & generasi akan datang. Penulis jadi kagum & teringat sendiri pada zaman kanak-kanaknya yang tak seceria & selincah mereka. 

Moga ALLAH bisa memberi kanak-kanak ini kekuatan untuk menghadapi kehidupan mereka pada masa akan datang. Ini adalah antara pengalaman menarik penulis dapat bersama-sama mengajak peserta & ajknya untuk mendekatkan diri pada ALLAH. Walau siapa pun kita, kita tetap sama pada pandangan ALLAH. & Al-Hamdulillah pemusafiran penulis membawa berkat & kesenangan pada sahabat bernama Siti Zawiroh Daud. Niat di hati mahu menemaninya menghadapi karenah-karenah peserta yang pelbagai ragam, mahu mengubat rindu pada sahabat yang jauh di mata, mahu merasai betapa tenang & bahagianya bersama kanak-kanak. Tiba-tiba Al-Hamdulillah ALLAH hadiahkan juga anugerah & nikmat tak terhingga buat penulis dan sahabatnya.

Sebelum penulis menutup tirai blognya hari ini, jom layan gambar-gambar dulu!

Comelkan adik-adik ni...

Subhanallah...

Seronok main air ya!

Jelas terpancar kegembiraan pada mereka...

Aktiviti malam sebelum lena dibuai mimpi

Subhanallah indah sungguh ciptaan ALLAH...

Last picture...antara AJK Kem Anak Soleh..
Credit to Siti Zawirah Daud & the geng...


No comments:

Post a Comment