Tuesday 24 June 2014

MATI Paling Dekat

Bismillahirrahmanirrahim...             


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah...akhirnya blog ini dibuka setelah agak lama menyepi. Sibuk dengan aturan dunia melayan karenah anak-anak saudara tidak memaksa penulis untuk terus berkarya dalam blog ini. Cuma terkadang curahan idea menjadi buntu, butuh ketenangan & pemikiran yang waras, "Aku mahu cerita tentang apa hari ini?" "Apa yang bisa menjentik hati untuk terus mengingati Ilahi?"

Al-Hamdulillah setelah puas membelek FBnya melihat 'post-post' dari sahabat-sahabat, penulis terpanggil untuk bercerita tentang hal ini walau sudah berulang kali dia mengulangi bab MATI dalam blog kisah hidupnya. Mati saat jasad terpisah dari roh, saat tangisan yang tersayang mengisi ruang hati pergi sudah seorang hamba menghadap Tuhannya. Saat ketika itu kita tidak mampu untuk berbicara apatah lagi bergerak. Tubuh kita dipapah manusia yang masih hidup, kain kafan membalut tubuh. Tertutup rapat. Jika di dunia kita suka hati tidak menutup aurat di alam ini tubuh kita tertutup rapat dengan kain putih. Malah solat jenazah di dirikan untuk si mati. 

Jika baik keberadaan manusia itu di dunia maka ramailah yang menangisi pemergiannya. Jika tidak baik keberadaannya di dunia berlakulah sebaliknya. Kematian yang bagaimana kita mahukan untuk diri kita? Adalah sepanjang hayat kita, kita terfikir walau sedetik bagaiamana keadaan kita ketika nazak menanti ke alam barzakh? Seharusnya kita meninggalkan dunia ini dalam keadaan baik kerana kita memegang gelaran muslim yang beragama Islam, yang mengamalkan Islam. Tepuk dada tanya iman kita, sejauh mana kita mengingati ALLAH & sejauh mana kita mengingati mati dalam setiap lagkah & gerak kita?

Penulis sendiri tertanya-tanya bagaimana keadaan saat sakaratul maut datang menjemputnya? Adakah dia bisa menghadapi saat itu dengan tenang atau bagaimana? Penulis terpanggil bercerita tentang MATI saat sahabat-sahabat sibuk bercerita tentang allahyarham Dato' Ustaz Haji Abu Bakar bin Chik. Ya mati tidak mengenal sesiapa. dan pergi sudah salah seorang hambaNya yang memberi jasa & sepenuh tumpuan pada agama. Sungguh penulis belum pernah mengenali beliau...



Penulis terbaca biodata di bawah semasa asyik meneliti berita-berita di dalam FBnya. Ya ALLAH sungguh hebat insan ini. Subhanallah...jika diizinkan ALLAH lebih awal penulis mengenali allahyarham tentu banyak perkara lagi yang dapat penulis belajar darinya. Beruntung bagi sahabat-sahabat yang rapat dengan insan-insan yang sentiasa di rahmati ALLAH ini. Tersukan usaha kita untuk mendekalti ulamak yang pasti memberi kebaikan kepada pendamping mereka.

Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Bin Chik
Biodata
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1950
Tempat Lahir: Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu
Nama Isteri: To’ Puan Zaitun Binti Salleh
Bil. Anak: 8 Orang (5 Lelaki, 3 Perempuan)
Alamat Rumah: 1026, KM 14 Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu
Pendidikan
1973 – 1977: Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) Dan Diploma Pendidikan UKM
1987 – 1988: Melawat Sambil Belajar Bahasa Inggeris Di Fort Wayne Community College, Indiana, USA
1995 – 1996: Melawat Sambil Belajar Bahasa Arab Di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah, Khourtoum, Sudan
2011 – 2012: Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM)
Pengalaman Kerja
1977 – 1981: Pengetua Institut Berakan, Kuala Terengganu
1982 – 1986: Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu
1997 – 1999: Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian Sek. Rendah Islam Pintar (SRIP)
1999 – 2004: Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu
2000 – 2004: Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu
2004 – Kini: Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)
2008 – Kini: Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan
Politik
1981: Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)
1984 – 1986: Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting
1989 – 1999: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13
1999 – 2011: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu
2000 – Kini: Ahli Jawatankuas PAS Pusat
2000 – 2007: Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat
2007 – Kini: Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat
2008 – Kini: Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat
Kegiatan Pelajar & Belia
1968 – 1970: Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu
1975 – 1977: Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM
1976 – 1977: Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM
1977 – 1981: Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Terengganu & Negeri Terengganu
Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan
1979: Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM
1983: Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu
1987: Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu
1989 – 1999: Pengerusi PASTI Malaysia
2006 – 2008: Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia
2009 – Kini: Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)
2013: Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(MAKPEN)
Kegiatan Antarabangsa
1989: Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan
1989 & 1993: Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2
1994, 1995 & 1996: Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki
1997 & 1998: Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan
2003: Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan
2005 – 2013: Presiden AFMY
2007: Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)
Penulisan Buku
1987: Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd
1998: Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd
1999: Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan
2007: Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai
2011: PAS 60 Tahun – Pustaka Damai
2013: Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb – Pustaka Damai
Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh
2002: Setia Mahkota Terengganu (SMT)
2003: Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)
2003: Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Trg
2003: Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Pusat
2009: Tokoh PASTI Malaysia
~copy&paste~
Dan hari ini, beliau meninggalkan kita menghadap Yang Maha Esa. Moga Allah Taala mencucuri rahmat ke atasnya dan diberikan ganjaran syurga..
Al-Faatihah..
 Perjuangan allahyarham Dato' Ustaz Haji Abu Bakar bin Chik takkan pernah padam, perjuangan menegakkan Islam & menyebarkan keindahan Islam pada semua manusia yang hidup di dunia ini. Ya ALLAH izinkan kami turut serta & terus istiqamah di jalan ini. Moga rahmat ALLAH sentiasa memayungi diri manusia bernama hamba & khalifahNya. Y aALLAH izinkan kami menemuiMu dalam keadaan Engkau redha terhadap kami. Sungguh Engkaulah sebaik-baik pelindung, penjaga & penolong kepada kami. 

Moga kematian seorang hamba ALLAH ini memberi pelajaran & pengajaran berharga kepada kita semua. Ambillah ibrah & contohilah allahyarham dalam meneruskan perjuangan menegakkan agama ALLAH ini. Teliti & muhasabah diri kita sebelum ajal menjemput tiba.

Siiru 'alaa barakatillah...


No comments:

Post a Comment