Thursday 12 June 2014

Wahai Muslimah, Jauhi Sifat Ini!

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Jumaat Kareem kepada penulis dan sahabat-sahabat sekalian yang disayangi kerana ALLAH. Al-Hamdulillah, hanya tinggal satu minggu lagi penulis bergelar pelajar praktikal di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Banting Selangor. Hanya tinggal seminggu lagi penulis menikmati tanah perantauannya di Selangor. Penulis sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman menjenguk ibu ayah & keluarga.

Jom kita banyakkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada hari Jumaat ini! Banyak barakah & kelebihan yang akan kita dapat bila kita berselawat pada baginda s.a.w. Kata cinta pada Rasulullah s.a.w, jadi buktikanlah! Bukan susah pun hanya menggerakkan bibir & mengingati sirah baginda s.a.w. InsyaALLAH, nikmat tak terkira datang menghampiri kita. Tak buat, tak dapat rasa! Just try it and you fill it with your heart.

Al-Hamdulillah Ya ALLAH...penulis masih dianugerahkan kekuatan untuk menulis & memastikan blog kesayangannya terisi dengan kata-kata & ilham yang mencurah. Pagi Jumaat yang mulia dan indah ini penulis suka untuk berkongsi salah-satu artikel yang di ‘tag’ oleh seorang sahabat kepada penulis dalam FBnya. Menarik artikel ini, & moga memberi manfaat kepada kita supaya menjauhi sifat-sifat ini terutamanya buat muslimah.

Bukan mudah nak mendirikan rumah tangga & bergelar seorang isteri @ suami. Bukan semudah ABC atau semudah kita melakukan apa yang kita suka. Perkahwinan itu perlukan persediaan yang rapi & penuh rasa cinta pada ALLAH. Perkahwinan yang punya matlamat jelas mampu membentuk dua orang insan yang bersinergi ke arah cinta Tuhan. Maka lahirlah generasi-generasi rabbani melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH & khalifahNya.

copyright from OSD blog


Kebanyakan manusia suka menjadikan tarikh perkahwinannya sebagai ‘Wedding of the Year’ tanpa memikirkan apakah perancangan selepas majlis perkahwinan. & Ya penulis mahu jelaskan di sini nilai sebuah perkahwinan bukan hanya terletak pada meriahnya majlis perkahwinan mereka, tetapi nilai itu terletak pada bagaimana kita mahu mencorakkan kehidupan berumahtangga selepas akad nikah & majlis perkahwinan.

Redhakah ALLAH & ibu ayah kita dengan perkahwinan yang didirikan? Dapat bersatukah dua buah keluarga dengan perkahwinan yang dibina? Atau hanya sekadar majlis tinggal majlis semata? Pesanan buat diri yang bergelar muslimah, usah kita mengejar siapakah jodoh sejati, sibuk mencari siapa yang halal buat diri, sibuk meneliti ciri bagaimana yang perlu bakal suami penuhi, mari kita koreksi & muhasabah terlebih dahulu apa yang ada pada diri kita sehingga kita mencari yang sempurna. Bagaimana sifat kita sebagai muslimah? Adakah tergolong dalam kalangan perempuan yang mempunyai enam sifat di bawah?

Jangan kamu berkahwin dengan perempuan yang bersifat dengan 6 sifat..
Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.
2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.
3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)
4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.
5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami  tak buat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.
6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap                   

Ya ALLAH jauhi kami para muslimah dari tersenarai dalam enam golongan perempuan yang patut dijauhi dari dikahwini! Ya ALLAH...selamatkan jiwa & hati kami, teruskan langkah kami bermujahadah di jalan Islam ini. Tenangkan hati kami untuk menghadapi ujian & mehnah hidup yang bertimpa. Pelihara diri kami daripada melakukan perkara yang sia-sia dalam kehidupan kami sebagai muslimah & hambaMu Ya ALLAH.

copy right from FB

copy right from FB

No comments:

Post a Comment