Sunday 15 June 2014

Salam Imtihan Akhir Li Ukhti

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah, bermula langkah seterusnya untuk meneruskan kehidupan sebagai muslimah yang mendambakan cinta ALLAH dalam setiap langkahnya. Al-Hamdulillah...kakinya masih bisa melangkah...nyawanya masih ada pada badan...matanya masih bisa melihat ciptaan ALLAH Yang Maha Hebat...tangannya masih punya kekuatan yang dianugerahkan Tuhan untuk terus & terus melontarkan idea buat blog tercinta.

InsyaALLAH minggu ini adalah minggu terakhir penulis berada di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Banting Selangor & sekaligus minggu terakhir penulis berpraktikal di sini sebelum menyambung cuti di kampung halaman. Kenangan indah pahit manis bergelar pelajar praktikum tak mungkin luput di ingatan. Jutaan terima kasih penulis ucapkan terutamanya kepada semua pegawai-pegawai PPD di Unit Pengurusan Akademik yang banyak membantu kami menyelesaikan tugas kami di sini. Terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada sahabat baik penulis yang setia bersamanya menghadapi susah senang kehidupan sepanjang 5 bulan berpraktikal di sini iaitu saudari Nurul Mardiah Fadzil.

Baiklah kehadiran ‘post’ hari ini adalah untuk mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir semester 4 tahun 2 kepada satu-satunya adik perempuan penulis iaitu Farah Mimi bt Yaakob dan seluruh warga USIM yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester sebelum melangkah ke semester baharu. Semoga dapat menjawab peperiksaan dengan tenang & hati yang lapang & dipermudah segala urusan dunia akhirat.

Kak yong & Mimi


Buatlah persiapan yang sebaiknya moga ALLAH sentiasa meredhai kamu. Sekarang penulis yakin adik perempuannya tengah bertarung dalam dewan peperiksaan bersama-sama temannya. Dewan peperiksaan diibaratkan dewan peperangan, perang akal dengan pen dan kertas serta soalan-soalan yang tersenarai cantik dalam buku soalan. Detik-detik itu sentiasa bermain di fikiran penulis dan sekarang dia dah tak menghadapi saat genting itu. Betapa berdebarnya jantung menunggu untuk memasuki dewan peperiksaan puas buku di belek tanpa sebab.

Kak Long & Mimi

Tak dilupa buat ayahanda tercinta, selamat hari bapa kepadanya memandangkan 15 JUN 2014 adalah tarikh hari bapa tetapi bagi penulis setiap hari adalah hari bapa. Doanya moga ALLAH memberi peluang kepada penulis untuk berbakti pada ayah, kerana dia masih belum puas berbakti & menghulur pertolongan padanya. Hanya kiriman doa yang terbaik untuk ayah dikirim moga ayah bisa kuat jalani kehidupan & moga ayah dapat teruskan kehidupan dengan tenang ditemani bonda tercinta.

Ayahanda bersama anak & cucunya pada hari raya lepas..



Ayah, anakanda bakal bergelar graduasi nanti & anakanda akan pastikan ayah akan terus melangkah melihat anakanda menerima ijazah itu di hadapan ayah buat kali ke dua. Anakanda nak ayah merasai perasaan itu untuk kali ke duanya, berasa bangga dengan kejayaan anak menamatkan pembelajarannya. Berasa bahagia dengan kurniaan ALLAH Yang Maha Hebat.  Moga impian ayah untuk memakai jubah konvokesyen anak perempuan yang ketiganya bakal terlaksana nanti, ameen. Anakanda nak ayah rasa bahagia & bersyukur pada waktu itu. Biar titisan air mata ayah menggambarkan segala-galanya.

Buat adinda perempuan penulis, Kak Yong doakan yang terbaik untuk kamu. Usahalah sebaik mungkin adindaku, moga ayah bisa merasai sekali lagi melihat anak mengambil ijazahnya untuk kali ke-3 pula. All the best my dear younger sister, I will pray the best for you then remember this ayat from al-Quran surah at-Thalaaq ayat 2 & 3:

2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),

3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Setakat ini sahaja celoteh penulis untuk hari ini ya. Kita berjumpa lagi di lain masa. Moga celoteh yang tak seberapa ini membuka minta kita untuk terus menjadi hambaNya yang bersyukur dengan nikmat  pemberian ALLAH. Moga bermanfaat untu ummah demi menyahut seruan Rasulullah s.a.w sampaikanlah kepadaku walau satu ayat. Siiru ‘alaa barakatillah...

No comments:

Post a Comment