Thursday 5 June 2014

Salam Jumaat Kareem ^__^

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah, bahagia di hati bila bisa menyambung nyawa lagi tambahan dapat menikmati hari mulia penuh keberkatan hari Jumaat. Hari ini dah 8 Sya'baan 1435H. Ya ALLAH berkatilah bulan Sya'ban kami dan sampaikan kami pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan & kasih sayangMu. Ameen. Jom mulakan hari Jumaat dengan bacaan Yaasin & surah al-Kahfi! Banyak fadhilat (kelebihan) yang menunggu kita.

Hari ini penulis sangat bahagia dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang muslimah yang insyaALLAH dikurniakan kekuatan untuk mengharung badai tsunami dalam hidupnya. Dia wajib percaya ALLAH sangat menyayanginya dan ALLAH tidak akan sesekali menyia-nyiakan dia. Ada hikmah di sebalik kelahirannya di dunia ini. Harapannya moga sahabat semua merasainya juga betapa ALLAH sangat menyayangi kita.

Hari ini 'post' kita pendek sahaja. Penulis mahu berkongsi salah satu 'point' yang dikatakan oleh majikannya, En. Mohamad Yusri bin Dahrumi dalam perjumpaan hari ini setiap hari Jumaat & Refleksi Jumaat di Pejabat Pendidikan Kuala Langat. Apa katanya? Beliau mengingatkan rakan-rakan sekerja untuk meneliti terlebih dahulu segala berita yang kita terima sama ada melalui orang ramai atau kawan sendiri. Jangan hanya menyebarkan sesuatu tanpa menyelidik kebenaran sesuatu cerita. Barulah kita terhindar dari melakukan keburukan & menambah dosa yang sedia ada. 

Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud:


6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Jangan nak terhantuk baru nak terngadah. Ambillah pengajaran dari kalamullah ini sebelum kita bertindak melakukan sesuatu. ALLAH dah memberi petunjuk yang terbaik di sepanjang jalan kita sebagai muslim iaitu al-Quran & Rasulullah s.a.w hadir bersama hadith & sunnah baginda s.a.w memberi peluang kepada kita untuk terus membetulkan jalan & berada di jalan yang benar. Pesanan ini ikhlas buat hati yang merindui pesan-pesan untuk terus membetulkan diri & masyarakat sekeliling. Teruskan melangkah dalam Islam, teruskan bernyawa dalam nikmat iman & Islam, teruskan berusaha bersama tawakal & redhaNya.

Siiru 'alaa barakatillah...

Sahabat dunia akhirat.



No comments:

Post a Comment