Sunday 29 June 2014

2 Ramadhan 1435H Usah Marah

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah Ya ALLAH...Islam & iman menjadi nikmat terindah untuk penulis, sahabat-sahabat, & semua umat Islam. Al-Hamdulillah, kita telah melangkah 2 Ramadhan 1435H. Hari ke dua berpuasa, walau penuh dugaan & cabaran hidup harus diteruskan. Moga Engkau melimpahkan nikmat terbesar ini iman & Islam kepada manusia bukan Islam, biar mereka turut merasai kemanisannya.

Selawat & salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga & sahabat-sahabat baginda s.a.w. rasa cinta & rindu untuk bertemu kekasih ALLAH ini tidak pernah padam walau seketika. Ya, baginda s.a.w insan agung yang dirindui selepas ALLAH. Segala usaha & pengorbanan baginda s.a.w memungkinkan kita menikmati Islam sehingga ke hari ini. Jerit perih dalam perjuangan menegakkan Islam memberi peluang kepada kita untuk terus merasai Islam dalam diri.

Siapa lagi jika bukan kita yang meneruskan perjuangan mulia Rasulullah s.a.w. siapa lagi jika bukan kita yang harus memastikan Islam sentiasa tertegak di bumi ALLAH. Jadi usahanya butuh pengorbanan yang maha hebat, dicampur bersama kebergantungan pada ALLAH Yang Maha Esa. Bukan mudah untuk tetap berada di medan ini, kerana syurga yang dijanjikan ALLAH bukan semudah kita memetik jari.

Berdakwah itu salah satu caranya. Jika tidak mampu guna sahaja cara yang berbeda. Demi Islam kerana ALLAH semuanya harus berganding bahu mencorak kemenangan Islam akan datang menjadi pasti. Bukan dibiarkan sahaja masyarakat terus hanyut dibui mimpi indah dunia. Rawat diri, rawat juga masyarakat & insan yang pernah singgah dalam kamus hidupmu duhai hati!

Hari ini kita bicara tentang sifat marah atau panas baran. Siapa kat sini suka marah? Angkat tangan picit hidung cubit pipi. Kelakar tak? Boleh marah lagi? Cuba tarik nafas panjang-panjang istighfar, ingat ALLAH & bayangkan di hadapan kita terbentang lautan yang Subhanallah cantik dengan ombak yang memukul pantai, kapal-kapal dengan tenang belayar & ingatkan kembali semua perkara baik yang pernah berlaku dalam kehidupan kita. Masih mahu marah? Itu tanda ada yang tak kena pada hati kita.



Penulis memetik kata bicara artikel tulisan oleh Faizatul Farhana Farush Khan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 17 Jun 2014 hari Selasa, “Marah yang berpanjangan, terlalu kerap atau melampau boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung, penyakit angin ahmar (strok), selain berdepan dengan gangguan psikologi.” Ada benarnya kata-kata ini. Bila marah semua yang buruk & negatif akan berkumpul kepada diri si pemarah. Tak percaya cuba tengok nanti.

Marah antara negatif & positifnya. Marah? Siapa suka dia dimarah? Penulis sudah tentu tak suka orang memarahinya tanpa sebab yang betul. Boleh sahaja marah tetapi pandailah dalam mengawal lemarahan itu. Usah kerana marah, habis terbias semua kebaikan , terhapus segala pahala. Jadi penulis mengajak dirinya & sahabat-sahabat blog untuk mengelakkan diri daripada MARAH.



Marah itu tanda sayang, betul ke? Bila ibu marahkan anaknya jangan buat jahat, itu demi kebaikan anak tersayang. Itu marah yang positif tanda anak harus menghargai peringatan ibunya. Bila ayah marahkan anaknya kerana tidak belajar dengan baik asyik dapat gagal sahaja, itu tanda ayah prihatin terhadap anak-anaknya. Marah mereka bersebab demi kebaikan kita sebagai anak.

Bohong jika penulis kata dia tak pernah marah, kerana dia juga manusia biasa & bila dia marah dia menjadi luar biasa. Bila marah penulis suka buat apa? Dia suka diam atau menangis sahaja. Dia tahu bila dia marah dia akan membinasakan dirinya & orang yang dimarahinya. Kadang-kadang dia hanya melemparkan rasa marah dengan meninggikan suara atau menajamkan pandangan matanya. Marahnya juga bisa reda dengan melihat pantai yang terbentang luas. Kalian bagaimana? Mesti punya cara tersendiri & unik untuk diceritakan ya.

Penulis biasa dimarahi kerana dia bukanlah sempurna untuk disayangi. Dia juga kerap berdepan dengan insan-insan istimewa punya sifat marah & garang. Itu biasa baginya, kadang-kadang marah itu membuatnya terasa & kadang-kadang marah itu buat dia sedar. Bila berdepan dengan orang yang suka marah & cepat marah kita tak boleh sesekali menambahkan kemarahannya. Nanti api kemarahannya semakin marak. Jadi cara terbaik kita mendiamkan diri sahaja. Ya, selepas lega kemarahannya barulah kita berbicara dari hati terus ke hati.



Ibarat api bila di simbah minyak makin bertambah maraknya. Begitu juga marah, bila ditambah kemarahannya akibat buruk padahnya. Bila negatif bertemu negatif ia akan menolak & saling membenci, tetapi bila negatif bertemu positif ia bertukar menjadi positif. Kita yang seharusnya membawa ‘charge’ positif tersebut. Jadilah seorang pendamai dengan mengikut firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Hujurat ayat 9 & 10 yang bermaksud:

9. dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Masih ingat dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w yang berdepan dengan seorang lelaki yang tiba-tiba memasuki masjid lalu mengqada’kan hajatnya di suatu sudut masjid. Ada sahabat yang cepat melatah mahu dipenggal kepalanya, Nabi Muhammad s.a.w dengan lembut membantah, “Biar dia menyelesaikan urusannya terlebih dahulu.” Tengok betapa hebatnya Nabi Muhammad s.a.w berhadapan dengan situasi ini.

Bagaimana dengan diri kita? Adakah kita siap meniru akhlak mulia Rasulullah s.a.w bersifat pemaaf dengan semua makhluk? Usah marah duhai diri, kawallah marahmu duhai hati yang lemah. Kamu bilang kamu cinta Rasulullah s.a.w apa salahnya kamu mencontohi sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w.

Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita memperbaiki diri sendiri. ALLAH sentiasa memaafkan hamba-hambaNya yang mahu bertaubat kerana ALLAH Maha Pemaaf. Lawanlah marahmu terutamanya ketika bulan Ramadhan ini. Ya dengan pemaaf ini banyak kebaikan yang bakal mendampingi diri kita. & pemaaf ini akan menambah ketenangan hati kita, percayalah kerana penulis pernah melaluinya. Jom kita tutup ‘entri’ kali ini dengan sama-sama mengucap syukur pada ALLAH yang telah menciptakan kita dengan sebaik-baik penciptaan. Jom tengok lirik nasyid Ramadhan oleh Maher Zain!



Album : Ramadan
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus

I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies

Oh Ramadan!

Chorus(2 times)
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)


Siiru ‘alaa barakatillah...salam Ramadhan kareem.


No comments:

Post a Comment