Monday 30 June 2014

Madrasah Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah syukur padaMu Ya ALLAH, walau kesibukan melanda diri penulis, fizikal digagahkan untuk menaip sepatah dua kata dalam blognya. Kesibukan menyiapkan laporan akhir latihan industri memaksa dia bersama-sama sabahat mengejar masa yang ada. Tambahan hari Khamis nanti penulis bakal membentangkan apa yang telah berlaku sepanjang tempoh praktikalnya. Kena bukak balik kamus bahasa Arab, kena karang semula dalam bahasa Arab. Semuanya dengan menggunakan bahasa Arab. Ya ALLAH kuatkanlah hambaMu untuk menghadapi hari-hari gentingnya walau dalam keadaan kurang sihat. Ya, biasa manusia tak selalunya sihat, ada masa badannya sakit, tapi tak mengapa ini namanya ujian. Tanda ALLAH Maha Penyayang.

Tengah bukak fail-fail lama terjumpa dengan puisi kat bawah ini. Erm...macam 'best' je. Jom baca sama sempena meraikan 3 Ramadhan 1435H. Sebelum terlupa hari ini 1 Julai 2014 genap 21 tahun umur satu-satunya adik perempuan penulis, Farah Mimi bt Yaakob. Selamat Hari Lahir Mimi, moga sentiasa berjaya dunia akhirat. Jadi anak solehah ya, jaga diri jaga imanmu duhai adinda tersayang. Dia yang penulis kenal seorang yang banyak diam, tapi bila dah bercerita kalah semua orang. Dia agak garang, sekali dia marah harimau pun mengaum takut. Bagus ada adik beradik sepertinya boleh kawal adik-adik yang nakal. Walau macam mana garang pun dia tetap penyayang. Paling istimewa dia suka belajar semua tentang al-Quran terutamanya taranum, tilawah & tadabbur al-Quran. Harinya sentiasa dihiasi dengan al-Quran. 




Ahlan ya Ramadhan,
Kehadiranmu di nanti penghuni dunia
Menabur kebaikan
Memakmur alam semester
Cahayamu menyinari seantero dunia
Meneroka setiap jiwa manusia
Menjadi insan
Patuh pada sang Pentadbirnya

Ramadhan,
Dirimu sungguh mulia
Dikurnia peristiwa
Turunnya Al-Quran
Dirimu sungguh mulia
Di anugerah malam
Padanya umpama seribu bulan
Pemulamu rahmat
Pertengahanmu keampunan
Pengakhiranmu bebas dari api neraka

Madrasah Ramadhan,
Mengajak manusia mendekati ALLAH
Mengajar manusia hargai kehidupan
Mendidik manusia peduli pada alam

Moga,
Madrasah Ramadhan ini
Sempat kita ikuti
Sempat kita menabur ibadah
Pada Ilahi
Sempat kita hirup kesegarannya nanti.

Hasil Nukilan,
Wardah Zinnirah Yaakob
Universiti Sains IslamMalaysia (USIM), Nilai

Setakat ini dahulu coretan hati penulis ya. Harap dapat memberi kesan pada hati yang merindui bertemu ALLAH. Harap memberi manfaat pada bulan Ramadhan penuh kemuliaan ini. 


No comments:

Post a Comment