Thursday 3 July 2014

ALLAH Bersama Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah berkat kuasa ALLAH, penulis masih bernafas, masih musafir mencari makna disebalik diri, masih berusaha menjadi sebaik manusia sebaik hamba ALLAH & mahu kembali ke pangkuanNya dengan husnul khatimah. Andai diri tak sempat mengejar kehidupan akan datang, aku redha Ya ALLAH asal aku yakin Engkau sentiasa bersamaku. Al-Hamdulillah setelah beberapa hari menyepi blog ini kembali bersinar dengan aturan tulisan dan karangan ilham yang mahu dikongsi terutama untuk diri sendiri & sahabat-sahabat semua yang telah meluang masa membaca blog yang serba kekurangan ini. 

5 Ramadhan 1435H menukil sejarah buat penulis, al-hamdulillah usai sudah pembentangan laporan latihan industri di kampus. Subhanallah tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya hati saat usai bercakap di hadapan kelas. Usaha dan buat tinggal tawakal je lagi. Penulis bukan seorang yang sangat risau tentang markah yang diperolehnya kerana sifat redha itu mengajar dia menjadi matang pada usianya. Apa pun keputusan dan markahnya nanti, penulis redha sebab dia yakin ALLAH dah tentu yang terbaik untuknya. Semester 8 telah berlalu menunggu detik bergelar graduasi & menghadiri majlis konvokesyen universiti.

Mohon doa semua sahabat ya, kerana doa sahabat tu sangat mustajab, ALLAH Maha Mendengar. Rasa bahagia dah selesai 'presentation' hanya bahagia yang sekelumit ALLAH curahkan pada hambaNya berbanding rasa bahagia bila ALLAH terasa dekat dan menyapa hati kita. Ketika itu ketenangan tak dapat nak digambarkan dengan hanya kata-kata. Andai penulis diberi pilihan nak bahagia dunia atau bahagia akhirat? Dia nak pilih bahagia akhirat dengan ALLAH Yang Maha Penyayang. 

Inilah nikmatnya bila kita merasakan diri sentiasa dekat dengan ALLAH. ALLAH Maha Melihat segala tindakan kita, ALLAH Maha Tahu apa yang telah, bakal & akan berlaku pada diri kita. Jadilah kita manusia yang sentiasa bersyukur kerana kita adalah Muslim. Rasa redha itu menjadikan diri kita lebih tenang dan tambahan bila kita bersangka baik dengan ALLAH pada setiap ujian & rahmat yang ALLAH anugerahkan pada diri kita. ALLAH takkan sesekali membiarkan hambaNya sendirian. 

Kawan waktu senang mudah je kita dapat, bagaimana kawan bila waktu susah ada yang nak dekat? Tepuk dada tanya iman masing2. Siapa yang sepatutnya kita sayang lebih? Siapa yang sepatutnya kita letakkan sepenuh kebergantungan dalam menghadapi kehidupan ini? Jadi, walau apa pun jadi, ingatlah ALLAH sentiasa bersama-sama kita.

Jom tengok gambar-gambar kat bawah:



Majlis Perpisahan di PPD


2 comments:

  1. Terima kasih :) :) Doakan perjalanan kembara hidup hamba ALLAH ini berjalan seperti yang ALLAH rancang yer.

    ReplyDelete