Sunday 6 July 2014

Kisah Kampung Halaman

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah Ya ALLAH berkat ketenangan & kekuasaanMu penulis masih mampu untuk menaip setiap baris kata yang tersusun dalam akalnya. Alhamdulillah juga kerana dengan kebesaran ALLAH penulis masih bisa menghirup udara kampung ketika ini & detik ini. Kampung yang dah lama ditinggalkan & menggamit kerinduan penulis kepada tanah lahirnya di serambi Mekah, negeri Cik Siti Wan Kembang.

Walau tidak lama menziarahi kampungnya, penulis tetap punya cerita yang tersendiri tentang suasana di kampung. Mendamaikan, bunyi burung-burung riang berkicauan, pokok-pokok sibuk melambai, udara yang belum lagi tercemar dengan pembangunan, sunyi tapi menenangkan. Itulah kampung penulis & penulis dengan bangga mengatakan dia adalah anak kampung. Ya bersyukur dilahirkan sebagai anak kampung yang hidup dalam kesederhanaan.

Masuk hari dah dah hampir empat hari di kampung dan sudah tentu pengalaman berpuasa & bersahur bersama-sama keluarga adalah pengalaman yang sangat manis untuk dikenang. Yalah, bila diperantauan kita makan tak menentu, kadang makan biskut je ketika bersahur, tetapi dengan keluarga kita boleh makan nasi dan lauk-pauk yang agak lumayan banyak. Salam 9 Ramadhan 1435H buat semua pembaca blog ni merangkap sahabat penulis.

9 Ramadhan 1435H sudah kita lalui, tinggal beberapa minggu lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita pergi. Jadi penulis menyeru dirinya sendiri & sahabat semua untuk menggunakan masa bulan keberkatan ini sebaik mungkin. Masa inilah muslimah-muslimah nak belajar memasak dengan ibu, nak membaca & mentadabbur ayat-ayat al-Quran, nak tambah pahala, masa inilah muslimin-muslimin nak membantu ayah apa yang perlu. Masa inilah nak buat & tabur sebanyak mungkin kebaikan untuk kita praktikkan dan amalkan hinggalah bulan-bulan yang lain.

Jom, kita tengok gambar-gambar juadah berbuka puasa keluarga penulis! Walaupun ‘simple’ tapi tetap bermakna kerana dia punya masa untuk membantu ibu menyediakan juadah berbuka puasa. Sekurang-kurangnya kasih sayang antara anak & ibu makin erat. Terima kasih mama atas juadah yang disediakan. Masakan mama paling sedap di dunia ini tiada siapa boleh tanding masakan mama penulis. 

Hari pertama sampai kampung juadah berbuka...

Gelagat si bongsu yang sempat dirakam..

Hari ke dua di kampung...

Hari ke-3 berbuka dengan laksa pinang...

Tengah bahagia melayan karenah adik-adik dan keluarga di kampung, penulis tak lari dari mendapat jemputan perkahwinan daripada sahabat-sahabat. Sempat juga dia membelek beberapa keping kad jemputan perkahwinan sahabat-sahabatnya yang bakal berlangsung dalam bulan Syawal nanti. Alhamdulillah jodoh kalian telah sampai, tunggu akad nikah je nanti. 

Jangan risau penulis doakan yang terbaik untuk kalian, moga bahagianya berpanjangan hingga ke syurga tak nak sampai nak cucu je. J Cemburu? Adalah sikit, tapi buat apa dia nak cemburu sebab dia yakin ALLAH dah aturkan cantik jodohnya di Lauh Mahfuz. Ha, bagi sahabat-sahabat yang belum sampai seru untuk kahwin, usahlah kalian gundah, ada hikmah ALLAH bagi masa & peluang untuk kita perbaiki diri terlebih dahulu. ALLAH bagi penangguhan sebab ALLAH nak kita rasa manisnya menanti yang halal untuk dicintai kerana ALLAH.

Banyak jugak soalan cepu emas yang bertubi-tubi datang kat penulis, bila nak kahwin? Jawapan senang, “Bila ALLAH kata saya dah boleh kahwin, maka saya pun kahwin. Jodoh pertemuan, ajal maut semua tu ketentuan ALLAH kita tak payah nak risau.” Sekarang masa untuk fikir bagaimana penulis nak berbakti pada ibu, ayah & keluarga setelah tamat belajar dalam ijazah Bahasa Arab & Komunikasi dengan Kepujian. Nak bekerja ada duit sendiri & nak kejar semua impian penulis sebelum mata terpejam rapat, sebelum tangis menghantar jenazahnya ke kuburan.

Jom, tengok kad-kad kahwin yang sempat di ‘photo’kan oleh penulis! Moga kalian bahagia hingga ke syurga & moga bahtera perkahwinan kalian kekal hingga ke destinasi bertemu ALLAH Yang Kekal Abadi. Senarai jemputan yang perlu dipenuhi oleh penulis...:)








Entahlah sempat atau tidak penulis memenuhi undangan jemputan ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat. Harapnya diberi kekuatan untuk memenuhi undangan kalian. Maklumlah memenuhi undangan saudara seIslam itukan wajib kecuali ada musykilah kabirah. Setakat ini dahulu cerita penulis untuk hari ini ya. Harap tidak membosankan sahabat semua. Moga memberi manfaat kepada semua kerana walau apapun yang kita buat biar bersandarkan kepada ALLAH Maha Kuasa. Siiru ‘alaa barakatillah...

No comments:

Post a Comment