Sunday 8 June 2014

CINTA ABADI

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...dengan nama ALLAH blog ini masih tak sunyi dengan susunan kata-kata & curahan idea istimewa untuk tatapan penulis & generasinya juga tak lupa sahabat setia yang mengikuti perkembangan blog ini. Al-Hamdulillah, ini yang dijumpai setelah puas menikmati 2 hari cuti hujung minggu bersama sahabat, Siti Zawirah Daud dengan menghadiri Kem Anak Soeh.

Seronok melihat gelagat-gelagat si kecil yang menyertai kem. Kanak-kanak adalah insan yang tiada dosa pantasnya kita bahagia bersama mereka. Melayan karenah manja adik-adik peserta yang pelbagai ragam buat penulis hilang tekanan & tersenyum tanpa bahasa. Tak fikir apa pun, hanya fikir nak bagi mereka tahu tentang Islam & mereka mengamalkan cara hidup Islam secara keseluruhan.

Semalam penulis dapat satu ilmu baharu daripada seorang ustaz yang dipanggil ustaz abah. Katanya, " Cinta itu fitrah bagi manusia yang menghasilkan perasaan kasih sayang sama ada terhadap ALLAH, manusia & makhluk yang ada di dunia ini. Dr. Abdullah Nasih Ulwan membahagikan cinta kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah cinta teragung yang menjadi milik ALLAH semata. Cinta manusia kepada ALLAH Yang Maha Esa. Ke-2 cinta pertengahan iaitu mencintai manusia lain adalah kerana ALLAH sama ada cinta pada ibu ayah, sahabat-sahabat & sebagainya. Ke-3 cinta hina iaitu cinta yang hanya berasaskan nafsu semata. Cinta yang tidak berpaksi pada cinta ALLAH." Jom renung bersama di tahap manakah cinta kita?

Jom, hayati bait kata puisi di bawah, ya hasil idea yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada penulis! Moga memberi manfaat kepada hati yang merindui Tuhan.

KU DAMBA CINTA ABADI

Cinta…
Fitrah insani selamanya
Cinta ALLAH
Cinta keluarga
Cinta suami isteri
Kerana cinta itu abstrak
Sukar digambar rupanya

Hidup insan,
Berpaksi tauhid & cinta
Cinta kerana ALLAH
Mengatasi cinta manusia
Terkadang tanpa cinta
Lesunya dunia
Umpama hilang semua warna
Terkadang tanpa cinta
Dunia bisa huru-hara
Keganasan menguasai perlakuan
Pembunuhan merobek kebahagiaan
Tanpa cinta
Adam Hawa
Mustahil bersama
Selepas berpisah di syurga

Ku damba cinta abadi
Bersemi di hati selamanya
Mengharap kasih ALLAH Maha Esa

Ku damba cinta abadi
Bisa memimpinku hingga ukhrawi
Bisa membawaku menuju Ilahi
Bisa membantu ummah mengenal Sang Pencipta

Ku damba
Kemanisan mencintai ALLAH
Ketenangan mengingati Sang Pencipta
Kebahagiaan mengikuti suruhanNya

Siapalah aku
Mengejar cinta manusia
Sedang cintaku padaNya
Tuhan penciptaku dan alam
Masih belum sempurna
Kerna ku tahu

Diriku mendamba cinta abadi selamanya









No comments:

Post a Comment