Tuesday 10 June 2014

Happy Belated Birthday ^__^

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...pagi ini penuis masih punya kesempatan & ruang untuk terus menulis & memastikan blognya tidak sunyi dari kata-kata yang baik. Perkongsian hari ini hanyalah sekadar melepas rindu pada insan yang bernama sahabat. Al-Hamdulillah...penulis gembira & bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang baik di sisinya. Kerana sahabat bakal mencerminkan bagaimana corak kehidupan kita.

Ya...dengan sahabat penulis kenal ALLAH lebih dekat...
dengan adanya sahabat penulis bisa meniti kehidupannya yang penuh kepahitan...
mana taknya sahabat banyak mencurah kata-kata semangat & nasihat untuk dia meneruskan kehidupan...
dengan sahabat sedihnya terubat...
dengan sahabat bahagianya bisa dikongsi bersama-sama agar rasa bahagia itu bisa membahagiakan insan-insan sekeliling yang dicintai oleh penulis....
itulah kuasa sahabat yang dianugerahkan ALLAH pada mereka...

Ruangan kali ini, penulis memohon sejuta kemaafan kepada Nor Amira Ibrahim kerana tidak berkesempatan mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-24 pada 8 Jun yang lalu. Jadi, pada kesempatan ini, penulis mahu merakamkan Selamat Hari Lahir ke-24 kepada sahabat karibnya yang banyak berbagi suka & duka.

Tanggal 8 Jun 1990, lahirlah seorang bayi comel yang diberi nama Nor Amira Ibrahim dalam keluarganya. Anak ke-2 ini menambah bahagia ibu bapanya. Sifatnya yang penyayang & 'happy-go-lucky' itu menjadikan dia anak yang ceria & membahagiakan keluarga. Kelahirannya menghilangkan kesunyian keluarga. 



Dia membesar menjadi kanak-kanak yang periang hinggalah dia berjumpa dengan seorang kawan semasa di tahun 5 bernama Farah Haryanti bt Yaakob. Comel sekali perkenalan mereka. Yalah...bermula daripada sekolah rendah perkenalannya hinggalah berlanjutan hingga sekolah menengah & bertambah ke universiti di mana mereka melanjutkan pelajaran di tempat yang sama. Kini usia persahabatan mereka menjangkau 12 tahun perkenalan. Lama kot!

Mereka saling berkongsi hobi yang sama, menulis & menulis. Itulah hobi mereka. Mereka menjawat jawatan yang sama di sekolah daripada pengawas sekolah hinggalah kepada naqibah di sekolah menengah. Masuk universiti, kesibukan yang melanda tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan tali persahabatan tersebut cuma mungkin jauh sedikit.

Bila berjauhan hati jadi rindu, bila dah jumpa lain pula perasaannya. Itulah persahabatan yang dibina kerana ALLAH. Itulah indahnya jika kita mencintai insan-insan yang wujud di sekeliling kita kerana ALLAH. Cinta yang berpaksikan ALLAH akan kekal lama hingga ke syurga Firdausi. Percaya atau tidak kalian harus percaya & cuba lakukannya kerana ALLAH. Pasti kalian tidak menyimpan dendam pada manusia yang wujud disekeliling kita. 

Hargailah kewujudan sahabat-sahabat di samping kita, walau bagaimanapun kelakuannya. Adanya sahabat kita tidak kesunyian di dunia ini...adanya sahabat kita tidak jatuh tersungur di dunia ini, bila kita jatuh ada yang menghulurkan tangan...bila kita lalai ada yang berusaha memberi ingatan. Usah kita lupa untuk terus mendoakan sahabat kita kerana ALLAH yang menciptakan manusia yang bernama sahabat untuk kita terus merasakan diri dekat dengan ALLAH. Sahabat bukan untuk di banggakan tetapi sahabat untuk kita rasa betapa ALLAH sangat menyayangi diri kita.

Kata-kata akhir khas untuk Nor Amira Ibrahim, Selamat Hari Lahir yang ke-24. Maaf kerana lambat mengucapkannya, tapi percayalah penulis sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu. Moga tahun ini memberi keajaiban & kebahagiaan serta kecemerlangan kepada insan hebat yang pernah singgah selama 12 tahun dalam kamus hidup penulis. Moga ALLAH sentiasa meredhai & menyayangi kamu, duhai sahabat! Walau apa pun yang terjadi pada kamu, penulis tetap doakan yang terbaik & hadiah Al-Fatihah sebagai hadiah daripada penulis kepada Nor Amira Ibrahim untuk ulang tahunnya yang ke-24. 



Kat sini penulis tinggalkan link blog sahabat karibnya


2 comments:

  1. subhanaLLAH Allahurabbi.. serius terharu dan touching sgn penulisan simple tapi sarat dengan makna oleh ukhtiku Farah Haryanti Yaakob.. syukran mahbubati..
    sungguh! diri ini bertuah dikurnia insan sepertimu sbgai teman.. insyaAllah moga segala impian kita akan kita rai bersama dan menjadi kenyataan.. Allahumma aamin.. sahabt till jannah..

    ReplyDelete
  2. La syukran 'alaa wajib ukhti. Haza min masuliyyati kal as-Shohabah. ^__^

    ReplyDelete