Monday 7 April 2014

Kisah Empat Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...setelah dua hari bercuti penulis kembali dapat meneruskan penulisannya di blog. Al-Hamdulillah penulis dianugerahkan ALLAH nikmat terbesar dalam hidupnya iaitu nikmat Islam & iman. Nikmat yang sangat berharga bagi manusia yang sangat memerlukan ALLAH dalam kehidupannya. Hidup ini kosong & tiada makna tanpa ALLAH yang sentiasa memberi hidayahNya.

Bila empat serangkai berjumpa...inilah gelagatnya!

Baiklah, hari ini penulis nak berkongsi satu cerita menarik tentang sahabat. Penulis dedikasikan kisah empat sahabat kepada sahabat-sahabat lamanya moga terubat rindu pada kalian yang mumgkin akan singgah di blog ini. Kisah yang baik elok dikongsi ceritanya kan? Betul tak? Semua orang ada sahabat mustahil dia boleh hidup sendirian tanpa teman bergelar sahabat di sisi. Begitu juga penulis.

Kisah empat sahabat berkawan semasa di sekolah rendah lagi. Nurul Syuhada Shafi’i, Nor Amira Ibrahim, Nor Farhanani Che Aznan & Farah Haryanti Yaakob. Mereka berkenalan masa sekolah rendah hinggalah masuk sekolah menengah yang sama. Kenangan bersama masih segar di ingatan mereka terutamanya bila dah berjauhan.

Wajah bahagia punya sahabat sejati sampai syurga...

Syuhada, insan yang sedikit pendiam tapi bila dah jumpa kawan bercakap tak ingat dunia. Dia paling matang antara mereka memegang gelaran along sebab dia lahir di bulan 04.04.1990. Baik & sopan tak kurang syuhada pandai nasyid. Setiap hari mereka saling kongsi nasyid. Sorang nasyid yang lain sambung. Dia sangat ambil berat tentang sahabat-sahabat yang lain. Orangnya biasa-biasa tapi luar  biasa. gayanya yang sopan & baik dalam percakapan membuatkan ramai sahabat menyenangi kehadirannya.

Amira, insan yang sangat ‘happy-go-lucky’. Dia takkan sesekali tunjukkan kesedihannya pada orang lain kecuali pada sahabat yang betul-betul memahami situasinya. Dia senyum comel sangat buatkan empat sahabat ini bertambah bahagia bersama. amira bersikap manja tapi dia tetap digelar angah dalam kalangan mereka kerana dia lahir 08.06.1990. dia sangat suka bercerita. Cerita dia sangat menarik perhatian tiga orang sahabatnya lagi. Karenahnya yang suka buat lawak & manja menjadi dia disenangi oleh sahabat-sahabatnya.

Nani, si periang yang sangat suka bercerita. Bila dia marah semua orang takut sebab dia anak sulung dalam keluarganya. Walaupun begitu, Nani sangat baik orangnya, suka tolong sahabat lain & yang paling istimewa dia sangat suka bernasyid. Suaranya  subhanAllah mendamaikan sahabat yang mendengar. Mereka suka menghabiskan masa bersama daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah. Mereka suka bernasyid, berkongsi cerpen-cerpen yang mereka buat & kadang-kadang berbual tentang masa hadapan. Nani lebih dikenali dengan panggilan achik sebab dia lahir 19.09.1990. Dia pun merupakan anak sulung dalam keluarganya & sangat penyayang walaupun kadang-kadang dia agak garang.

Akhir, Farah atau lebih dikenali sebagai aik sebab dia lahir bulan akhir iaitu 30.11.1990. dia hanya insan biasa yang mendambakan kasih sahabat sejati hingga ke syurga. Dia seorang yang sensetif dan agak pendiam. Orang tanya sepatah, dia jawab sepatah sebab itu memang sifat dia. Dia suka mendengar cerita-cerita sahabatnya. Dia juga pendengar yang baik & susah nak marah orang. Bila marah memang teruklah. Anak sulung memungkinkan dia berkelakuan seperti itu.

Empat orang sahabat ini berkongsi hobi yang sama iaitu mereka suka menulis. Bila siap sahaja cerpen atau cerita-cerita mereka saling bertukar buku & saling komen apa yang tidak kena dengan tulisan mereka. Mereka juga suka menghabiskan masa berbual & bernasyid bersama-sama. Kenangan indah bersama mereka tak pernah luput di fikiran walaupun masing-masing terpaksa berpisah demi mengejar cita-cita & memenuhi impian ibu ayah.


Ini gelagat kami yang sempat dirakan setelah lama berpisah...

Uniknya, Nani & Syuhada menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Manakala Mira & Farah menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia. Kiranya mereka berpasang-pasangan. Walau berjauahan mereka tetap saling merindu & berhubung. Penulis berharap agar ikatan ukhuwwah yang di bina sejak di bangku sekolah rendah lagi ini berkekalan hingga ke syurga Ilahi. Biar persahabatan kita mewangi sampai syurga. Walau di mana pun kalian penulis mengharapkan kalian bahagia hidup di dunia & akhirat. Penulis hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kalian.

Penulis teringat pada kata-kata ALLAH yang menegaskan tentang ukhuwwah & saling berkenalan antara manusia dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Ayat di atas jelas mengajak kita saling berkenalan antara orang sekeliling kita bukan kerana apa tapi kerana ALLAH yang menciptakan rasa kasih & sayang antara manusia. Baiklah, kita berhenti setakat ini dahulu, panjang umur kita berjumpa lagi di lain masa. Moga ALLAH sentiasa merahmati & memberikan kebahagiaan dunia & akhirat kepada semua sahabat  yang disayangi kerana ALLAH.

3 comments:

  1. subhanaLLAH.. masyaAllah...! sgt seronok n teruja membaca kisah indah ni... seakan mahu melompat kegembiraan.. bibir asyik mengukir senyumn sehingga ke titik akhir penulisan.. syukran kathir ukhtiku~

    ReplyDelete
  2. la syukran 'alaa wajib ukhti mahbubah...May ALLAH bless us

    ReplyDelete
  3. i really rindu dekat u all.....luv u all so much...

    ReplyDelete