Thursday 17 April 2014

Bertaubatlah Sebelum Terlambat

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Jumaat Kareem buat semua pembaca blog yang dikasihi ALLAH. Moga kalian hidup bahagia dunia & akhirat...

Al-Hamdulillah...pejam celik penulis masih bisa singgah di blog ini dan mencoret sesuatu buat tatapannya di hari tua kelak. Mungkin kenangan ini akan di menjadi pengalaman manis penulis bergelar sebagai seorang ‘blogger’ di hari tuanya nanti. ALLAH melihat segala usaha kita, usah pernah berhenti kerana penat di dunia bakal terbalas dengan kasih ALLAH Yang Maha Hebat di alam yang kekal abadi nanti.

Terima kasih tak terhingga buat insan-insan hebat yang singgah di blog ini. Hanya ALLAH yang mampu membahagiakan kalian, hanya ALLAH yang bisa membalas segala kebaikan sahabat-sahabat sekalian. Bagi insan yang juga punya blog teruskan usaha kalian untuk menjadikan penulisan blog sebagai salah satu wadah untuk menyebarkan keindahan Islam pada semua orang.

Islam itu indah & sewajarnya disebarkan keindahannya supaya manusia tidak terus hanyut dengan keindahan dunia. Jadikan segala pengalaman pahit manis kehidupan diri ini sebagai salah satu cara untuk kita berkongsi dengan manusia lain bahawa kasih sayang ALLAH sentiasa melimpah buat hamba-hambaNya yang merindukan detik pertemuan dengan ALLAH Yang Maha Esa.

Hujung minggu yang lalu, penulis berkesempatan mendengar salah satu rancangan ‘Bismillah’ di TV3 tak silap penulis jam 7 pagi. Bagi mengelakkan tertidur selepas subuh, tv dibuka & dilayan. Rancangan itu membincangkan tentang taubat. “Menarik tajuk yang dikupas oleh Ustaz Elyas Ismail. Emm, layan jelah daripada aku terus tertidur.” Kata penulis melawan daripada menuruti nafsunya yang mengajak dia tidur. Ini salah satu cara mujahadah diri. Mujahadah yang dimaksudkan di sini adalah melawan bersungguh-sungguh nafsu yang mengajak kepada perkara yang kurang baik.

Kenapa sebenarnya kita perlu bertaubat? Mengikut apa yang telah diperkatakan oleh ustaz penulis cuba menyusun 5 isi utama yang berkait dengan kenapa manusia perlu bertaubat. Pertama, kita perlu bertaubat kerana hati yang dikurniakan ALLAH ini tidak konsisten. Terkadang iman kita naik, kita rajin melakukan kebaikan & menuruti setiap perintah ALLAH tetapi jika iman kita turun mendadak, kita malas untuk melakukan kebaikan. Itu perlunya kita bertaubat kerana hati kita tak tetap. Ke dua, terkadang kita tidak sedar bila masa kita melakukan dosa. Bila dosa-dosa yang dilakukan bertambah ia seperti menambah titik hitam dalam hati kita. Bagi membersihkan titik-titik hitam itu, taubat adalah caranya. Ke tiga, kita perlu bertaubat untuk pembersihan hati sendiri. Bila hati kita bersih kita senang untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.

Isi ke empat kenapa kita perlu bertaubat adalah kerana dosa-dosa yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak bakal menjadi penghalang daripada hidayah (petunjuk) ALLAH. Jadi, bila kita nak jemput hidayah ALLAH kita perlu bertaubat. Mana tahu dengan taubat yang dilaksanakan akan memberi peluang kepada diri kita untuk menjadi hambaNya yang lebih bahagia mencintaiNya daripada isi dunia. Sebab terakhir  kenapa kita perlu bertaubat adalah, mati akan datang tanpa pengetahuan kita, kita tak tahu pun bila kita mati sedangkan kita tahu bila tarikh kelahiran kita. Dek kerana kita tidak tahu bila kita matilah, kita perlu sentiasa bertaubat agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik).

Ustaz juga menceritakan tentang prasyarat bertaubat (bagaimana cara untuk kita bertaubat) ada tiga isi utama iaitu, pertama: menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap segala dosa yang pernah dilakukan. Ustaz kata jangan pulak taubat sambal belacan maksudnya, makan sambal belacan pedas sangat sampai nangis-nangis tapi masih tetap memakan sambal belacan tersebut. Maksudnya, kita bertaubat tapi lepas tu buat lagi dosa. Na’uzubillahi min zaalik...Ke dua: cari suasana & kawang yang baik untuk kita meneruskan usaha kita bertaubat pada ALLAH. Ramai orang kata sahabat ini cerminan diri kita, dengan siapa kita berkawan begitulah perangai & sikap kita. Ke tiga: bila nak bertaubat mesti cari limu, jangan buat tanpa ilmunanti kita menempah kesusahan sebab kita buat ikut orang. Bila ada ilmu kita akan bertambah yakin & selamat untuk bertaubat padaNya.

Sungguh ALLAH Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya kerana ALLAH memberi ruang kepada kita untuk bertaubat bila diri melakukan kesalahan & dosa. Demikianlah perbincangan rancangan ‘Bismillah’ itu. Sungguh seronok penulis dapat ilmu baru & dapat pulak berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ini. Harapnya bisa memberi manfaat kepada diri yang lemah ini & kepada semua yang sudi membaca ‘post’ ini.

Last, penulis tinggalkan sahabat-sahabat dengan lirik nasyid bertajuk ‘Layar Keinsafan- Mestica’. Moga kita bisa menjadi hambaNya yang baik di sisiNya. Ameen...

Layar Keinsafan –Mestica                                                                               
Sepi benar senja ini 
Bayunya semilir, menganak ombak kecil 
Jalur ufuk pula mengemas terang 
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja 
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan 
Gusar malam menghampiri 
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu 
Tuntuniku menggapai redhaMu 
Rimbunan kasihMu ku berteduh 
KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan 
Bekalan sepanjang perjalanan 
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi 
Tulus tangisku kala dini hari 
Kesempatan yang hanya sebentar 
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah 
Agar dikuatkan iman yang lemah 
Moga diberkati hidup ini 
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan 
Kan kuserahkan cinta kepadaMu


Harapanku moga dikurniakan 
Manisnya iman berpanjangan 
Moga lautan hilang gelora untukku belayar

No comments:

Post a Comment