Wednesday 16 April 2014

Duhai Anakanda! Satu hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah Ya ALLAH...nikmat Islam & nikmat iman menjadikan kami bahagia bergelar muslimah. Moga bahagia & syukur ini turut dirasai oleh sahabat-sahabat yang singgah di blog ini. Moga bahagia memiliki cintaMu Ya ALLAH, turut dinikmati oleh Muslim seluruh dunia. Ameen...

Teruskan langkah mencintai ALLAH, teruskan usaha memartabatkan Islam di persada dunia, teruskan bernafas menuju redha Ilahi. Moga kasih sayang ALLAH sentiasa memayungi kalian. Hanya ingatan & doa yang mampu penulis lakarkan buat kalian kerana ALLAH Maha Mendengar doa setiap hambaNya untuk saudara-saudara seIslamnya.

Hari ini penulis nak berkongsi sebuah buku yang dah lama dibaca & dipinjam dari salah seorang staf di tempat praktikal penulis, kak Etty Nor Zamila iaitu buku bertajuk, ‘Anakku Hebat, Anakku Soleh-karangan Zahazan Mohamed- Terbitan Telaga Biru’.

Wah, hebatnya pembentukan seorang anak yang bergelar muslim! Biarpun penulis belum mempunyai anak, buku ini menyedarkan penulis tentang persediaan ibu & ayah dalam memastikan anak-anak anugerah ALLAH ini membesar menjadi anak yang soleh & solehah. Lagi hebat, jika anak-anak yang dilahirkan dapat diinfaqkan di jalan ALLAH menjadi mujahid mujahidah Islam suatu masa nanti.

Kenapa nak baca buku pasal anak? Kenapa perlu bedah buku tentang anak? Ya sebab penulis merupakan seorang anak dan dengan izinNya bakal punya anak kandung sendiri suatu hari nanti. Cerita tentang anak kita tak perlu tunggu dah berkahwin baru kelam-kabut nak cari buku tentang anak. Nak ada anak kena tahu sifat & peribadi anak yang mengikut syariat . Kita pun bergelar anak jadi tak salah kan baca buku tentang pendidikan anak-anak Islam.

Buku ini menarik kerana padat dengan isi & kulitnya tebal penuh dengan grafik & gambar-gambar menambah minat pembaca. Banyak isi yang disenaraikan dalam pembentukan anakku hebat, anakku soleh. Moga penulis & sahabat-sahabat dikurniakan anak-anak yang hebat bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga hebat dari sudut akhlak & ilmu agamanya. Anak-anak itulah yang bakal mendoakan kebahagiaan ibu bapa.

Penulis sempat merakam beberapa wasiat dari Luqman al-Hakim dari buku tersebut. Maaf yer penulis terlupa nak catat halamannya. Mari sama-sama kita telusuri  & hayati apa pesanan Luqman pada anaknya:

1) Anakku suruhlah orang melakukan kebaikan, tegahlah kemungkaran & sabarlah kamu atas segala yang menimpa.
2) Wahai anakku, ingatlah ALLAH banyak-banyak sesungguhnya ALLAH mengingati orang-orang yang mengingatiNya.
3) Anakku, janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak dicipta untuk dunia & ALLAH tidak mencipta sesuatu pun yang lebih hina dari dunia.
4) Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan & sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu.
5) Anakku, cukuplah dengan apa yang sedikit & redhalah dengan apa yang kamu dapat di dunia ini.
6) Anakku, bersahabatlah dengan orang yang bijaksana & redhalah dengan apa yang mereka kata, nescaya kamu akan menjadi bijaksana.
7) Anakku, bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain & dudklah dengan ahli zikir kerana dia menghidupkan hatimu & menerbitkan rasa khusyuk dalam dirimu.
8) Anakku, laksanakanlah hajat-hajat sekadar yang perlu & elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu.
9) Anakku, banyakkanlah diamkerana engkau akan dihormati & engkau tidak akan sesekali kecewa kerana diam.
10) Anakku, jangan biarkan ayam lebih cerdik daripadamu kerana ia akan mengibaskan kepaknya pada waktu malam & bertasbih kepada ALLAH. Jagalah dirimu daripada cuai.



Sebenarnya ada lagi lapan nasihat Luqman al-Hakim terhadap anaknya. Jadi pembaca & sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH boleh merujuk terus pada buku tersebut yer. Baiklah, setakat ini sahaja coretan & perkongsian penulis tentang buku pada hari ini. Jika masih dipanjangkan umur, insyaAllah bertemu lagi di ‘post’ akan datang yang lebih menarik. Siiru ‘alaa barakatillah... 

No comments:

Post a Comment