Wednesday 2 April 2014

Berhijrah Kerana ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...ALLAH masih memberi peluang kepada penulis untuk merasai manisnya menjadi seorang Muslim. Moga nikmat Islam & nikmat iman ini akan sentiasa menjadi pendamping bagi penulis dan semua sahabat. Pagi yang mendung tapi penuh keceriaan mengingatkan penulis pada nikmatNya yang melimpah dan tak pernah putus. Pagi yang bahagia untuk meneruskan kehidupan ini.


Bersyukurlah kepada ALLAH di atas nikmat-nikmatNya. Baiklah, hari ini penulis nak berkongsi cerita tentang hijrah kerana ALLAH. Semalam setelah asyik bertungkus lumus menyiapkan kerja sebagai pelatih di PPD Kuala Langat, Banting Selangor, sahabat karib penulis pantas memasang lagu nasyid ‘Hijrah-UNIC’. Katanya lirik nasyid ini sangat memberi kenangan padanya. Dia sering dengar nasyid ini masa tengah menyiapkan ‘thesis’nya. Sungguh lirik nasyid ini mengesan pada jiwanya. Menjadikan dia lebih bersemangat semasa menyiapkan ‘thesis’nya.

Kali pertama penulis mendengar nasyid & menghayati liriknya sungguh menguja iman & menaikkan semangat. Jom kita hayati lirik nasyid ini! Moga memberi pengajaran berharga buat insan yang mendamba cinta ALLAH dalam kehidupannya.

Lirik Lagu: Hijrah - UNIC


Sejenakku terkenang hijrah gemilang
Terubah dunia gelap menjadi terang
Berguguran airmata tidak ku rasa
Meskipun bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

(chorus)
Biar nafas menjadi lelah
Ku pasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasihmu Ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kemenangan
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan

Hijrah…


Andai kalian masih punya masa,
Berusahalah untuk berhijrah,
Hijrah dari yang buruk kepada yang baik,
Yang baik berhijrah jadi lebih baik
Moga setiap langkah kalian menuju kepada ALLAH yang satu
Hijrah itu satu nikmat
Tanda ALLAH sayang akan umat
Tanda kasih Rasulullah s.a.w turut berhijrah
Menelusuri sirah nabawiyyah
Buat pedoman semua makhluk ALLAH
ALLAH anugerahkan waktu walau sedetik
Untuk kalian tidak menyesal di akhirat sana


Setakat ini dahulu coretan hati dari seorang hamba ALLAH yang mendambakan cintaNya dalam setiap langkah & nafasnya. Moga memberi manfaat kepada ummah walau sedikit cuma.

No comments:

Post a Comment