Tuesday 8 April 2014

Ziarah Ukhuwwah

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah, usai sudah ziarah ukhuwwah ke Kuala Lumpur bersama sahabat menemui sekelas di samping melancong melihat keindahan alam ciptaan ALLAH. Dah 2 bulan penulis & sahabat bermastautin di Banting, Selangor kerana memenuhi semester akhir pengajian. Sekali sekala dapat bertemu mata dengan sahabat yang jauh di mata sangat menyeronokkan.

Tambahan dapat menziarahi tempat-tempat lain memang menjadi kegemaran penulis. Melancong adalah salah satu hobinya. Jadi, ajakan Nor Hidayah Hussain & Nurul Mardiah Fadziluntuk berjumpa di Kuala Lumpur diterima dengan tangan terbuka oleh penulis. Perkara yang paling memeritkan bagi penulis untuk sampai ke destinasi adalah menunngu bas hampir berjam lamanya & perjalanan ke KL memakan masa selama lebih 2 jam sungguh memenatkan & menguji iman.

Bas ibarat ikan sardin dipenuhi dengan manusia yang pelbagai jenis latar belakang. Ha, satu kisah yang mengingatkan penulis pada bahasa cinta ayah. Bila satu keluarga yang terdiri daripada ibu, ayah & anak2 menaiki bas & berhadapan dengan penulis. Kemudia si ayah asyik melayan karenah anak-anaknya. Tiba di perhentian bas, ada sepasang suami isteri yang masih muda memasuki perut bas. Si suami mendukung si anak kecil berusia dalam lingkungan tiga bulan tetapi sayang dia terpaksa berdiri.bahasa cinta ayah mengungkap segalanya, bila si lelaki yang juga bergelar suamimeminta untuk mendukung bayi kecil itu supaya lelaki itu tidak lenguh berdiri mendukung anaknya.

Ayah memang bahasa cintanya sukar dizahirkan tetapi hakikatnya dia sentiasa menyayangi & mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sungguh, dia meningatkan penulis pada ayahnya yang sedang bertarung dengan penyakitnya di kampung. Apa khabarmu ayah? Hanya doa yang mampu penulis kirimkan kepada ayahnya moga ayah sabar dengan ujian dariNya.
Kita sambung pengembaraan yang menyeronokkan di KL. Setelah lama mendiamkan diri di dalam bas akhirnya penulis & sahabatnya sampai di Pasar Seni menemui Nor Hidayah Hussain, sahabat kami yang berpraktikal di PTS, Batu Caves. Tersenyum bahagia Nurul Mardiah bila berpelukan dengan sahabat baiknya. Apa lagi panjang lebar dia bercerita, Hidayah tak kurang bahagianya. Senyum memanjang, masih tak luput senyum & tawanya. Kami pernah bermusafir bersama ketika ke Kedah dalam misi memenuhi undangan perkahwinan sahabat kami.



Kali ini kami di KL, menelusuri Pasar Seni & singgah sebentar untuk solat zohor di Masjid Jamek yang penuh dengan kenangan. Penulis pernah sampai di Masjid Jamek sebelum ini sebab tu dia penuh dengan kenangan yang tak mungkin luput dari ingatan. Kami sempat bergambar di hadapan masjid sebelum meneruskan langkah ke Jalan Masjid India setelah mengisi perut dengan makanan tengahari.



Seronok dapat tengok baju yang dijual di sini. Hanya melihat suasana di Masjid India mengingatkan penulis pada kebesaran ALLAH yang Maha Esa. Betapa agungnya kebesaran ALLAH yang menjadikan manusia dengan pelbagai jenis bangsa yang menghiasi isi bumi. Tengok kedai baju yang tersusun indah tak adalah menarik perhatian penulis, tapi sekali kami terjumpa dengan kedai buku. Wah banyaknya buku dalam kedai tersebut! 

Subhanallah...banyak buku baharu yang penulis tidak tahu bila wujudnya buku-buku tersebut. Penulis yang memang hantu buku pantang nampak kedai buku pasti ada sahaja buku yang ingin dibelinya.

Malangnya, baucer buku yang diperoleh tidak dibawa bersama. terpaksa penulis mengehadkan pembelian buku. Tilik punya tilik akhirnya dapat sebuah buku yang bertajuk ‘Auratku Maruahku-Karangan Mohd Solleh Abdul Razak & Siti Nur Fatimah Hasan, terbitan Telaga Biru.’ Buku yang dah lama dicari penulis.

Satu cerita yang menjengkelkan penulis sepanjang berada di KL bila pemakaian niqab dipertikaikan oleh manusia yang tidak memahaminya. Bertutup dengan hanya menampakkan sepasang mata masih dikacau oleh lelaki. Apatah lagi yang yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Ya ALLAH ini ujian dariMu hendak menguji bagaimana imannya bila menghadapi setiap ujian. “Ya ALLAH kuatkanlah penulis & sahabat-sahabat terutamanya yang memakai niqab @ purdah untuk mereka terus istiqamah mengamalkan apa yang baik pada sudut pandangMu sebagai Tuhan kami.”

Baiklah berbalik pada buku tadi, ia berkisar tentang soal jawab wanita muslimah berkenaan aurat. Olahan yang menarik & membuka mata penulis sendiri kenapa perlu menutup aurat ? menutup aurat dengan hanya bertudung ke? Baiklah ulasan berkenaan buku ini akan di sambung pada ‘post’ akan datang.

Setelah lama kami di bandar KL, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing. Petang kami hari itu, di hiasi dengan hujan. Pengakhiran yang baik ketika di KL. Ya musafir yang diberkati ALLAH, InsyaALLAH. Siiru ‘alaa barakatillah...

No comments:

Post a Comment