Wednesday 9 April 2014

Pengalaman Indah di Alam Pekerjaan

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah...berkat kasih sayangNya penulis & sahabat-sahabat masih bisa hidup di dunia ini. Jadi, hargailah diri & orang yang ada di sekeliling kita. Minggu ke sepuluh penulis bergelar pelatih di alam pekerjaannya. Menghabiskan masa selama hampir lima bulan sebagai pelatih agak memeritkan memandangkan tiada cuti yang khusus untuk dia pulang ke kampung halaman. Namun, kesyukuran harus di panjantkan kepada ALLAH kerana dengan izinNya penulis bahagia bergelar sebagai seorang pelatih walau berjauhan dengan keluarga tercinta.

Baiklah, hari ini penulis nak bercerita tentang keindahan pantai. Masa awal-awal sampai di Kuala Langat Banting, Selangor ini penulis & sahabat karibnya sempat singgah & menikmati keindahan Pantai Morib. Subhanallah...kebesaran kuasa ALLAH terserlah tatkala memandang &  melihat dengan mata hati pantai & ombak yang bergelora itu. Tak salah untuk kita terus bergelar musafir di dunia ini, tak salah untuk kita di gelar asing di dunia ini, asalkan kita memenuhi suruhan & meninggalkan segala laranganNya.

Seronok dapat tengok pantai, yang mengajar penulis meneruskan perjuangan ini. Itulah sebab utamanya penulis suka bermusafir atau dengan bahasa Melayunya melancong ke tempat baharu. Banyak yang dapat penulis belajar dari alam. Banyak yang penulis dapat sepanjang bergelar musafir paling penting kena sabar.

Al-hamdulillah, suasana bekerja di sini sangat selesa & majikan serta pegawai-pegawai baik-baik belaka. Paling penulis suka, biah & suasana Islam ada di sini. Solat berjemaah zohor & asar, setiap hari Jumaat akan di adakan bacaan Yaasin & sedikit taklimat @ tazkirah. Hujung minggu pula penulis & sahabat dapat memenuhi waktu malam kami dengan mengunjungi masjid memandangkan masjid dekat dengan kediaman kami.


Sekali-sekala singgah ke pantai dapat menambah kesegaran minda & menajamkan fikiran penulis dalam meneruskan penulisan blognya. Di samping dapat menambah keakrahan persahatan penulis dengan kawannya. Baiklah, penulis tak nak cakap panjang moga memberi ibrah & harapan yang cerah pada kalian bahawa banyaknya kebaikan & kelebihan yang kita bakal dapat bila kita suka bermusafir. Jom tengok gambar2 kami: 





No comments:

Post a Comment