Tuesday 15 April 2014

Musafir Berkalung Ibrah episod 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah kesempatan mencurah idea & berkongsi cerita masih menjadi milik penulis dengan izinNya. Penulis bisa menaip setiap bait kata, mengolah idea menjadi cerita, mencari ilham di sebalik kepayahan & kesukaran. Bukan mudah mahu menjadi penulis. Niatnya bagaimana? Adakah kerana ALLAH atau kerana manusia? Moga rahmat ALLAH sentiasa bersama kita. Usah lupa mengucap syukur di atas segala nikmat & kasih sayangNya pada kita.

Baiklah, tajuk perbincangan penulis hari ini masih berkisar tentang musafir berkalung ibrah. Al-Hamdulillah, ALLAH memberi peluang kepada penulis untuk bermusafir di buminya. Sememangnya musafir itu punya banyak manfaat di samping doanya di dengar terus oleh ALLAH kerana mereka berada dalam kepayahan meneruskan perjalanan. Sepanjang pemusafiran kami, perkara pokok yang memberi pengajaran berguna kepada kami adalah bersabar.  Sabar adalah kunci kejayaan sesebuah pemusafiran.

Dalam tempoh pemusafiran kami pelbagai ragam manusia dapat kami rakam juga pelbagai suasana menarik perhatian kami. Taman KLCC antara tarikan kami. Taman dalam bandar memberi ketenangan kepada sesiapa yang bersiar-siar di kawasan ini. Walau di kelilingi dengan bangunan-bangunan yang sedang dibina. Di masjid as-Syakiriin pula, kami sempat mendengar kuliah subuh kerana kami memilih tidur di masjid pada malamnya.

Ustaz menyampaikan tazkirah pagi dengan bersemangat sekali, betul-betul membuatkan penulis hilang mengantuk & terus fokus pada penyampaian ustaz. Baiklah di sini penulis suka berkongsi beberapa isi yang diperoleh penulis semasa mendengar kuliah subuh temph hari di masjid As-Syakiriin.

Tajuk 11 syesen penghapusan dosa menjadi perbincangan kami pagi itu:

1) Taubat. 2) Istighfar. 3) Amalan-amalan soleh yang dilakukan di dunia. 4) Musibah-musibah & ujian-ujian yang menimpa diri kita. 5) Solat Jenazah. 6) Seksaan dalam kubur.  7) Amalan-amalan soleh yang dihadiahkan kepada si mati. 8) Kepayahan di padang Mahsyar. 9) Hisab. 10) Syafaat Rasulullah s.a.w kepada umat baginda s.a.w. 11) Keampunan & rahmat ALLAH.

Di sini di bahagikan kepada tiga pembahagian utama iaitu, bahagian pertama ketika di dunia bernombor 1 hingga 4. Bahagian ke dua iaitu ketika di alam kubur bernombor 5 hingga 7. 
Bahagian ke tiga ketika di padang mahsyar bernombor 8 hingga 11. Sungguh pengisian ini memberi ruang kepada hati penulis untuk mengkoreksi dirinya yang terkadang terleka dengan tipu daya dunia. Al-Hamdulillah, kerana ALLAH memberi peluang kepada penulis dan sahabat-sahabat menamatkan musafir mereka di masjid dan ini nikmat terbaik kami terima bahagia dalam taman-taman syurga ALLAH di dunia.

Sungguh bahagia bergelar seorang musafir bersama-sama sahabat yang tak putus memberi kata-kata nasihat sepanjang perjalanan kami. Itu faedahnya jika kita mengambil ibrah dari musafir @ berjalan jauh ini. Dapat kenal negara orang. Dapat kenal ramai manusia. Dapat belajar dari kesilapan. Dapat mencuba sesuatu yang baharu dalam perjalanan yang panjang. Apa yang penting iman kena kuat, hati kena teguh niat mesti kerana ALLAH.


Moga ALLAH masih memberi peluang kepada penulis dan sahabat-sahabat untuk terus meneroka alam ini, & melancong, melihat & menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH sebelum mata terpejam, sebelum roh berpisah dari jasad, sebelum nafas terakhir diakhiri dengan kalimah syahadah & sebelum Malaikat maut datang menjemput penulis. Sungguh penulis menyimpan impian setinggi bintang untuk menjelajah & melihat dunia suatu hati nanti. Biiznillah...

Maaf yer tak dapat nak 'post' gambar-gambar sepanjang keberadaan sebagai musafir. InsyaALLAH, kita berjumpa lagi dalam entri akan datang. Terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat membaca isi blog ini. Moga bermanfaat buat hati yang mendamba cinta Ilahi.

No comments:

Post a Comment