Monday 14 April 2014

Musafir Berkalung Ibrah episod 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah...terima kasih atas segala nikmat pemberianMu Ya ALLAH. Syukur padaMu penulis masih bisa menghirup udara segar dengan percuma tanpa perlu membayarnya. Al-Hamdulillah juga masih bisa menaip setiap patah kata & menziarahi blog ini. Moga ALLAH menambahkan kekuatan kepada kita untuk meneruskan usaha ini.

Baiklah, hari ini penulis nak bercerita tentang musafir berkalung ibrah. Apa yang di maksudkan dengan musafir? Musafir asal perkataan bahasa arab safara yang bermaksud berjalan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Musafir lebih di gunakan oleh manusia yang berhijrah dari satu tempat ke satu tempat dengan tujuan tertentu tanpa menetap di situ sama da untuk tujuan belajar atau untuk tujuan melancong melihat keindahan alam ciptaan ALLAH atau untuk berdakwah. Ibrah juga berasal dari perkataan arab yang bermaksud pengajaran atau moral yang dapat di ambil atau hikmah sesuatu perkara yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan.

Sekali lagi hujung minggu yang lepas penulis dan sahabat-sahabatnya singgah di Kuala Lumpur untuk bertemu mata dengan sahabat-sahabat kami. Perjalanan kami punya tujuan yang baik. Bersiar-siar nikmati keindahan alam ciptaan ALLAH boleh menambah rasa cinta kita pada ALLAH. Banyak perkara yang kami belajar semasa bergelar musafir di perjalanan. Perjalanan kami bermula seawal jam 10 pagi lagi. Menaiki bas dari banting ke Pasar Seni, Kuala Lumpur bukan jarak yang dekat tetapi memakan masa hampir tiga jam. Sampai sahaja di Pasar Seni, kami meluru ke Masjid Jamek mendirikan solat zuhur. Kemudian, kami berjalan ke kedai makan mengisi perut yang minta di isi dengan makanan.

Usai makan, kami memilih bersiar-siar di sekitar Jalan Masjid India melihat pakaian, makanan & banyak keperluan yang dijual. Penulis memilih singgah ke kedai buku bagi menghabiskan baucer buku yang dibawa bersama-samanya. Puas membeli buku & melihat-lihat baju-baju yang indah tergantung kami membuat keputusan menuju ke Masjid Jamek semula untuk menunaikan solat Asar pula. Apa yang pasti bermacam-macam ragam manusia dapat penulis & sahabat-sahabatnya rakam sepanjang perjalanan. Ramai yang memandang kami, mungkin pelik melihat pemakaian kami yang labuh dan tertutup. Ya, yang tertutup itu terpelihara dek dosa.

 Apa korang ingat wanita Muslimah ini hanya perlu duduk kat masjid atau tempat-tempat menuntut ilmu je ke? Kat tempat membeli belah atau di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini orang macam kami (Muslimah) tak layak ada kat tengah-tengah masyarakat? ‘sorry to say’ macam mana dakwah nak berkembang kalau semua Muslimah mengambil peluang hanya berada di tempat-tempat terpilih. Tempat beli-belah, tempat yang wujud bermacam-macam jenis orang yang sangat asing bagi Muslimah, & tempat yang bising macam Jalan Masjid India itu juga perlu di singgah walau sekali untuk kita lihat bagaimana keadaan masyarakat Islam di bumi Malaysia ini. Tunjuk contoh melalui pemakaian sudah cukup jika tidak mampu untuk berdakwah secara terus terang. Praktikkan apa yang kita baca dalam sirah Rasulullah s.a.w jika benar kita kata kita sayang Nabi Muhammad s.a.w.




Selesai solat asar, kami bergegas menaiki LRT untuk ke masjid As-Syakiriin KLCC. Sampai sahaja di sana kami sangat teruja, subhanALLAH…bangunan KLCC berada betul-betul depan kami setelah berjalan keluar dari LRT. Apa lagi, kamera menjadi mangsa kami. Puas kami bergambar kenangan bersama-sama bangunan tertinggi di dunia ini. Maha Hebat kuasa ALLAH yang menciptakan manusia dengan kemuliaan iaitu kurniaan akal yang menjadikan manusia bisa berfikir sehebat ini.

Ingat, ini semua kurniaan ALLAH, bukan semata buatan manusia. ALLAH yang menganugerahkan kita ilham untuk mencipta bangunan-bangunan hebat seperti KLCC. Ingat juga bangunan-bangunan pencakar langit adalah salah satu tanda hari kiamat semakin mendekat. Moga kita bisa mengambil pelajaran dari apa yang tersingkap di pandangan mata & mata hati kita. Bijaklah dalam menilai sesuatu perkara & pandailah mengaitkan sesuatu dengan kebesaran & kekuasaan ALLAH.

Perjalanan yang panjang untuk sampai ke masjid as-Syakiriin, KLCC tapi cukup meguji kesabaran penulis & sahabat-sahabatnya. Kami sempat bersolat jemaah maghrib & isyak  di masjid tersebut sebelum mendengar tazkirah daripada sahabat kami. Isi tazkirahnya berkisar tentang persediaan & peranan kami dalam masyarakat.

Ada empat perkara utama yang di bincangkan olehnya tentang empat sifat Rasulullah s.a.w iaitu, benar, amanah, menyampaikan & bijaksana. Empat sifat ini cukup menggambarkan bagaimana kami sebagai mahasiswa mempraktikkan Islam dalam praktikal kami. Dia mengingatkan kami walau ke mana pun kami di campakkan kami tetap membawa nama Islam bersama-sama. Jadi, usah biarkan Islam tercalar kerana kita. Biar orang kenal Islam melalui diri kita sama ada pemakaian atau pertuturan atau perbuatan.


Setakat ini sahaja perkongsian penulis untuk hari ini tentang pemusafiran kami. Sungguh seronok bergelar musafir & sebab itu penulis sangat suka melancong melihat negeri orang & mendapat pengalaman baharu. Moga berjumpa lagi di ‘post’ akan datang dengan izinnya, insyaALLAH. Siiru ‘alaa barakatillah…

No comments:

Post a Comment