Sunday 20 April 2014

Salam Imtihan Akhir ^__^

Bismillahirrahmanirrahim....

Al-Hamdulillah, bersyukur pada ALLAH penulis masih punya peluang untuk singgah & 'update' blog ini. Moga ALLAH sentiasa memberi ruang & peluang untuk penulis terus berkarya dalam dunia penulisannya tak kiralah ada yang membaca atau tidak. Sekurang-kurangnya, penulis dah cuba lakukan sesuatu untuk Islam walaupun sekelumit kerana ALLAH tak tanya apa hasilnya, tapi ALLAH tanya apa sumbangan @ apa yang kamu buat untuk Islam.

Baiklah, pagi ini penulis cuma mahu berkongsi rasa dengan sahabat-sahabat yang sedang menempuh peperiksaan akhir semester terutamanya pelajar-pelajar tamhidi USIM. Semoga kalian dapat menjawab pepriksaan akhir dengan baik. Dalam kelekaan kita dengan kesibukan ulangkaji usah lupa hubungan kita dengan ALLAH. Belajar-belar jugak, sembanhyang & amalan-amalan wajib sebagai seorang muslim jangan dilupakan. 

Al-Hamdulillah, pemusafiran penulis akhirnya menemukan penulis dengan adik kandung & adik-adik yang dirinduinya di Nilai. Walau jauh, tadhiyyah diperlukan untuk bertemu & memberi kata-kata semangat pada mereka & diri sendiri. Sekurang-kurangnya, bila kita memberi sesuatu kita bakal mendapat sesuatu yang tidak dijangka. Memang kita tidak berharap tetapi itu fitrah kehidupan dunia. Erti hidup pada memberi.

Di kafe KKNC...

Penulis dedikasikan lirik nasyid Sebiru Hari Ini-Edcoustic untuk semua adik-adik tamhidi yang sedang menempuh peperiksaan akhir semester 2. Moga memberi manfaat. ^__^

Lirik Lagu | NASYID | EDCOUSTIC | Sebiru Hari Ini |
by Cecep Setia Hendra on 10:46 AM, 24-Dec-12

Sebiru hari ini
Birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hari kita, Bersama disini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita akan berpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabat ilahi
Pegang erat tangan kita tuk terakhir kaliyan
Hapus air mata meski kita akan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

No comments:

Post a Comment