Saturday 19 April 2014

Musafir Berkalung Ibrah episod 3

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah, ALLAH masih memberi ruang kepada penulis untuk meneruskan penulisan blognya. Malam ini penulis nak tunjuk gambar je. Bahagia bergelar musafir. Tak mampu di kongsi dengan kata-kata semata. Peluang keemasan ini tak mungkin terbuang begitu sahaja. Tak kiralah ada pembaca atau tak, penulisan mesti diteruskan jua. Tak kiralah 'best' atau tidak ceritanya, yang penting penulis ada sesuatu yang ingin disampaikan. 

Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni:





Al-Hamdulillah, usai sudah malam ini melawat adik kandung & adik-adik di Kolej Kediaman Nilam Court, Nilai. bermusafir lagi penulis hujung minggu ni. Al-Hamdulillah, dapat jumpa adik kandung & adik2 yang dirindui kerana ALLAH. Bahagia bila dapat berjumpa dengan wajah-wajah suci lagi bersih ini. Tenang tatkala dapat meluah rasa rindu pada mereka. Seronok dapat melihat sekali lagi suasana asrama walau mungkin persinggahan penulis hanya sebentar cuma. Sempat lagi penulis meninggal pesan kepada adik-adik nilam yang bakal menempuh peperiksaan supaya buat yang terbaik untuk peperiksaan terakhir semester 2 Tamhidi. Kenangan bersama mereka sangat manis & menguji keimanan penulis. Mana taknya penulis berdepan dengan adik2 & persoalan2 yang bermacam-macam ragam menjadikan penulis matang dengan situasi tersebut.

Teristimewa buat semua pelajar tamhidi USIM yang mengenali diri penulis atau tidak penulis dedikasikan doa buat kalian moga kalian dapat menjawab peperiksaan akhir dengan tenang & penuh keyakinan kepada ALLAH. Doa penulis sentiasa mengiringi setiap langkah kebaikan adik-adik. Terima kasih kerana menghulurkan tali persahabatan kepada penulis. Terima kasih untuk pengalaman manis kita bersama-sama sebagai sahabat kerana ALLAH. Terima kasih buat insan-insan yang penulis gelar bidadari-bidadari tetamu ALLAH kerana dari kalian pelajar tamhidi USIM penulis belajar banyak perkara & penulis dapat banyak pengalaman.

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 TAMHIDI USIM KEPADA SEMUA PELAJAR TAMHIDI USIM TAHUN 2013/2014. BITTAUFIQ WAN NAJAH




No comments:

Post a Comment