Tuesday 4 February 2014

SATU HARI SATU BUKU

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdulillah…penulis masih punya kesempatan untuk menulis dalam blognya. Penulis hanya ada masa tak sampai seminggu untuk menghabiskan masanya dengan keluarga sebelum dia meneruskan langkahnya bergelar pelajar praktikal di Pejabat Pelajaran Daerah, Kuala Langat, Banting Selangor.

Masa yang ada penulis habiskan dengan membaca buku-buku, melayan karenah adik-adik & membantu ibu ayah sama ada di dapur atau di halaman rumah. Kadang-kadang penulis menghabiskan masanya dengan tidur. Ucapan terima kasih penulis hadiahkan buat adik2 tamhidi yang banyak memberikan hadiah terutamanya hadiah buku & ‘chocolate’ kepada penulis sebelum penulis berangkat pulang ke Kelantan.

Hadiah buku2 yang diberikan sangat bermakna buat penulis. Penulis sempat membaca & menghabiskan isi dua buah buku pemberian Farhana (Tamhidi Sains & Teknologi) & Azzah (Tamhidi Syariah & Undang-undang). Buku2 tersebut benar-benar memberi maklumat & kesedaran kepada penulis betapa membaca adalah amalan yang sangat baik dalam menambah informasi.

Menyahut seruan satu hari satu buku, penulis menghadamkan buku novel bertajuk, “Atas Nama Cinta- Karangan: Wahyu Sujani.” Novel Islami yang menyentuh jiwa. Watak utama Mustafa & Laila memainkan peranan dalam mewarnakan novel ini. Mereka benar-benar berhasil dalam menjaga kesucian & kemuliaan hidup dalam naugan reda ALLAH & Rasul. Penulis mampu menghabiskan novel ini hanya dalam masa sehari. Buku ini juga ditulis oleh penulis Indonesia yang dilahirkan di Bandung. Karya kreatif penulis Indonesia ini sangat memikat hati penulis.



Buku novel yang bermuka surat 390 ini sungguh mempesona isinya walau terkadang terzahir beberapa perkataan Indonesia. Namun, penulis dapat memahami isi yang ingin disampaikan oleh penulis buku tersebut. Watak Sueb juga memainkan peranan sebagai sahabat yang sangat baik pada Mustafa. Buktinya, ketika Mustafa dirundum masalah & ujian yang bertimpa terutama dalam bab jodoh, Sueb sedia membantu sahabatnya dengan memberi kata nasihat & menghiburkan hati Mustafa.

Itulah erti sahabat yang sebenar. Penulis teringin berkongsi antara dialog Mustafa ketika mengetahui sahabatnya, Sueb dilanda masalah putus cinta dengan Nayla dalam buku novel tersebut muka surat 373:

“Eb, cinta tak selamanya harus memiliki. Kerana itu kamu tak boleh down. Lebih-lebih lagi jika kamu mendasarkan cintamu atas nama ALLAH & Rasulullah. Maka cintamu itu akan penuh ketulusan & kepasrahan sejati. Akhirnya kan berbuah kenikmatan yang hakiki. Kini aku punya cinta untuk Laila. Cintaku padanya atas nama ALLAH & Rasulullah. Jika ALLAH menghendaki aku & Laila batal menikah, sesakit apa pun aku akan ikhlas. Aku percaya setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Ingatlah itu, Eb. Kamu pun harus menyedari jika ALLAH sedang memilih seorang hamba untuk dicintaiNya, ALLAH akan menguji dia. Sekuat apakah kesabarannya? Mengeluh atau tetap bersabar? Ikhlas, Eb. Itu kuncinya. Jika kamu dapat bersikap seperti itu, aku jamin, apa yang kamu inginkan akan terkabul. Luka hatimu kerana Nayla akan sembuh dan pengganti yang lebih baik jelas akan kamu peroleh,” lanjut Mustafa.

Wah, dialog yang berjaya memikat hati penulis! Kata-kata yang berjaya memujuk diri bahawa cinta & jodoh adalah urusan ALLAH. Apa yang paling penting cinta ALLAH yang perlu penulis kejar & dambakan dalam kehidupannya. Cinta manusia? Bila ALLAH berfirman kun fayakun. Jadi, maka jadilah.


Baiklah, nak tahu pengakhiran cerita ini? Apa kata kalian sahabat-sahabat semua baca sendiri buku terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Ini baru sebuah buku yang habis dibaca oleh penulis. Ada satu lagi  buku yang berjaya penulis baca sepanjang hampir seminggu dia di kampung halaman.

Alhamdulillah, syukur padaNya penulis telah meneruskan kehidupannya sebagai pelajar praktikal di tempat baharunya selama 5 bulan iaitu di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat Banting Selangor. Doakan penulis yer!

1 comment:

  1. Terima kasih, Nona, sudah baca novel Atas Nama Cinta karya saya. salam Ukhuwah dari saya, Wahyu Sujani di Bandung, Indonesia. Ohya, kalau boleh tahu, itu cetakan ke berapa yang Nona baca? mohon balas ke email saya sujani.wahyu@yahoo.com

    ReplyDelete