Wednesday 19 February 2014

Satu Hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah sekali lagi ucapan syukur dipanjatkan kepada ALLAH Rabbul Izzati yang telah banyak memberi anugerah kepada penulis untuk bermain dengan blog dan memenuhi hobi kesukaannya. Tidak salah untuk kita berkongsi perkara yang baik kan? Lagi pun perkara yang baik seharusnya disebarkan pada semua manusia biar tiada lagi kejahatan yang bermaharajalela.

Penulis bukanlah seorang yang fanatik mahu bercerita tentang dirinya cuma seperti kebiasaan tujuannya satu, mahu mengajak diri dan sahabat-sahabat yang singgah di blog ini untuk sama-sama kita ingat pada ALLAH Sang Pencipta manusia dan alam keseluruhannya. Ingat kepada ALLAH tak semestinya masa kita solat, puasa, zakat atau haji semata tapi dalam setiap gerak kerja & tingkah laku kita sentiasa mengingatiNya.

Jom, kita telusuri kisah dalam buku majalah Solusi edisi 63 pulak! Buku majalah yang sangat menarik untuk dibaca oleh semua golongan masyarakat. Isu bernombor 63 ini menceritakan tentang amalan rosak kerana riyak. Riyak & sum’ah antara amalan buruk yang jarang di ambil kisah oleh kebanyakan umat Islam kerana ia berbentuk amali.



Nak tau lebih lanjut tentang riyak? Ha...apa kata kita beli buku majalah ini. Menurut buku majalah ini, riyak adalah tindakan kita yang berpaling daripada ALLAH, untuk menghadap kepada selain ALLAH (manusia) dalam niat & pelaksanaan sesuatu ibadah. Sum’ah pula bermaksud, memperdengarkan (audio) sesuatu amalan kepada manusia lain (menceritakan, menghebahkan, & menguar-uarkan amalan yang telah dibuat sama ada secara lisan atau tulisan kepada orang lain).


Maaf dikirim jika sepanjang tulisan penulis ini berbau tidak enak seakan-akan sum’ah atau riyak. Namun ini sahaja cara yang penulis punya untuk meneruskan penulisannya. Nak tulis tentang pengalaman sendiri itu lebih baik rasanya dari menulis sesuatu yang kita tak tahu hujung pangkalnya. Betul tak?

No comments:

Post a Comment