Tuesday 25 February 2014

Ujian ALLAH Tanda KasihNya

Bismillahirrahmanirrahim…


Alhamdulillah…dengan nama ALLAH penulis punya waktu untuk menjengah blog yang biasa tapi memberi kesan mendalam buat insan yang bergelar hamba ALLAH ini. Ya ALLAH…peluang ini penulis perlu guna sebaiknya untuk sebarkan sebanyak mungkin kebaikan kepada semua makhluk cuma penulis masih & sentiasa memerlukan bimbingan dan kekuatan daripada ALLAH.

Pagi ini penulis mahu berkongsi cerita tentang ujian @ masalah @ mehnah @ tribulasi yang wujud menghiasi kehidupan manusia. Manusia memang fitrahnya tidak dapat lari dari menghadapi ujian sama ada sedikit atau banyak. Kehidupan ini ibarat tanpa warna jika tiada ujian. Cuba kita bayangkan jika kita buka mata tiada warna pada setiap penjuru rumah hanya hitam tanpa keceriaan warna, adakah seronok? Bahagia? Tenang?

Jom kita telusur ujian apa yang melanda insan makhluk ALLAH yang berada di bumi Malaysia ini! Apa ya, cuba teka? Sahabat semua kan hebat? Umat Islam mesti hebat dan peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Orait, kita sambung cerita. Ujian yang heboh diceritakan dalam akhbar & semua media. Isu ketiadaan air terutama di empat buah negeri seperti di Selangor, Johor, Kedah & Negeri Sembilan.

Air…keperluan asas manusia. Bila tak de air susah, semua mengeluh marah, nak mandi pun payah apatah lagi nak basuh kain dengan bersih, nak ambik wudhuk lagi lah susah bila air makin susut. Semua orang susah hati. Itu bab air. Air…air…air isu yang sangat sensitif dalam kalangan kita pengguna tegar air. Tanpa air hidup kita tak keruan umpama manusia tanpa oksigen tentu kita tak boleh hidup walau sedetik pun.

Bagaimana jika manusia kehilangan cinta ALLAH? Bagaimana jika manusia menjauh dari  ALLAH? Tadi penulis bercerita tentang air, ibaratkan air yang kita sangat perlukan, tiba-tiba tiada begitulah sepatutnya yang kita rasa bila kita berjauhan dengan cinta ALLAH. Bayangkan bila kita sentiasa dilimpahi kasih sayang ALLAH tiba-tiba kerana kita banyak bergelumang dengan dosa, kasih sayangNya hilang tanpa kita pinta. Malah cinta ALLAH yang lebih penting dari segala-galanya. Jom kita muhasabah diri bersama!

Kenapa manusia sekarang lebih sukakan dunia dari mencintai ALLAH? Tepuk dada tanya iman kita… penulis suka bercerita untuk dirinya juga sebagai pengajaran kenapa dirinya terkadang sukakan nikmat dunia? Ya betul kerana iman manusia ada naik dan turunnya. Terkadang suasana & sahabat mempengaruhi kita.

Perlu penulis & sahabat sekalian tahu di sini bahawa ujian yang ALLAH anugerahkan untuk kita adalah tanda ALLAH menyayangi kita. ALLAH tidak sesekali membiarkan hambaNya bersendiri saat di uji. Buktinya kita selak kisah peristiwa yang berlaku di sekeliling kita bagaimana sifat orang yang meletakkan ALLAH nombor satu dalam hatinya. Buat apa pun dia mesti mengaitkannya dengan ALLAH. Apa berlaku pada insan ini? Sudah tentu hidupnya terarah…bila  di uji dia bersikap redha, bila senang dia bersyukur itu sifat sebenar seorang Muslim kan?

Ada hikmah di sebalik ujianNya. Ada hikmah tersembunyi di sebalik ujian ketiadaan air & kemarau yang melanda negara kita ini. ALLAH mahu kita berfikir apa hikmah terbaik untuk hambaNya. ALLAH mahu kita menjadi manusia yang menghargai. ALLAH mahu kita hidup dengan berjimat cermat dalam penggunaan air. Rasa susah buat kita lagi dekat dengan ALLAH, betul tak?

Setiap kali bicara tentang cinta ALLAH & ujianNya penulis suka berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang ayat Quran yang menjadi ayat penguat semangat penulis, yang menjadi batu loncatan untuk penulis terus mengejar cinta ALLAH walau apa pun jadi nanti, walau apa pun kata manusia di sisi, ALLAH menjadi pilihan hati di dunia lebih lagi di akhirat yang kekal abadi. Biar hanya cinta ALLAH yang mewarnai hidupnya, penulis mampu tersenyum bahagia. Percayalah.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah at-Thalaaq ayat 2 & 3 yang bermaksud:

2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Percayalah cinta ALLAH  ada di mana-mana. Terpulang pada kita mahu menghargainya atau mahu dibiarkan sahaja. Bersabar sahaja dengan dugaan & ujian dariNya dan jangan dilupa berusaha sama untuk menyelesaikannya. Segala yang baik datang daripada ALLAH & segala yang buruk datang dari kelemahan penulis sendiri hakikatnya datang dari ALLAH dan disandarkan kepada penulis. Penulisan kerana ALLAH.

Salam kasih sayang kerana ALLAH…

Di kesempatan ini penulis mengambil peluang mencatat bacaan air di negeri Selangor untuk beberapa kawasan yang mengalami catuan air. Sumber di peroleh dari akhbar Berita Harian bertarikh 26.2.2014.


BIL
TEMPAT (Selangor)
Paras Maksimum
Paras Normal
Paras Minimum
Paras Semasa
Baki
1
Empangan Langat
220.96m
220.96m
204.21m
216.18m
11.97m
2
Empangan Sungai Selangor
192.5m
220m
184.63m
197.9m
12.27m
3
Empangan Tasik Subang
38.56m
38.56m
34.75m
38.13m
3.38m
4
Empangan Sungai Tinggi
48.9m
59.5m
45.03m
55.98m
10.95m


No comments:

Post a Comment