Sunday 23 February 2014

Dedikasi Cinta Buat Bonda dan Ayahanda Tersayang

Bismillahirrahmanirrahim….

Al-Hamdulillah…ucapan syukur yang tak pernah putus di ucap oleh seorang Muslim mengingat dia pada ALLAH Yang Maha Kuasa. Terima kasih kerana masih setia meneliti penulisan di blog ini. Penulisan yang biasa cuma memenuhi minat menulis penulis daripada membuang masa & membiarkan blog ini sunyi tanpa apa2 apa cerita yang menarik, baik penulis mengambil peluang ini menulis mungkin bakal dilihat cucu-cicitnya nanti. Baiklah kita berbalik pada kisah ke dua yang ingin penulis ceritakan di sini.

Kisah Ke dua penulis mahu bercerita tentang seseorang yang sangat istimewa dalam jiwa penulis, yang membawa penulis mengenal cinta ALLAH, yang membawa penulis menjadi insan berguna saat ini. Siapa mereka? Kekasih? Dah tentu ibu & ayah penulis. Lelaki pertama yang menanam cinta pada penulis. Wanita pertama yang bertakhta di hati penulis.

24 Februari 1990 tarikh keramat buat kedua-dua insan yang bernama Yaakob bin Seman & Mek Nab binti Ibrahim. Mereka sah bergelar suami isteri pada terikh ini dan pada tahun ini juga lahirlah puteri sulung merangkap anak sulung mereka bertarik 30 November 1990. Tarikh 24 Februari 2014 adalah hari ulang tahun perkahwinan  ke-24 bagi kedua-dua insan yang istimewa di hati penulis ini.



Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-24 buat mama & ayah penulis. Penulis doakan moga kalian berbahagia hingga ke syurgaNya. Moga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa bersama-sama kalian. Kami mendoakan yang terbaik untuk mama & ayah tersayang. Penulis & adik-adik sayang mama & ayah kerana ALLAH.

Bila bercerita tentang ibu & ayah sebak mulai menemani diri penulis. Kalian sahabat-sahabat semua pernah ucap selamat ulang tahun perkahwinan kat mak ayah? Kalian pernah mendoakan yang terbaik untuk insan yang banyak berkorban untuk kita sebagai anak-anaknya? Ucapan itu hanya sebagai tanda kita kita menghargai kewujudan mereka. Banyak lagi sebenarnya cara yang terbaik untuk kita menghargai ibu & ayah. Antaranya, sentiasa menghubungi mereka bila berjauhan, memberikan hadiah dan yang paling penting sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ibu & ayah.

Nak tahu apa reaksi mama penulis bila ucapan selamat ulang tahun perkahwinan itu sampai ke tangan mama melalui sms? “Terima kasih. Ada juga orang yanga tolong ingatkan.” Tergambar wajah senyum mama & ayah penulis ketika itu. Wah bahagianya penulis ketika itu! Senyum bonda banyak memberi rahmat & hikmah tersembunyi yang membahagiakan penulis.
Jadi, penulis mahu mengajak diri sendiri & sahabat-sahabat sekalian marilah kita menghargai kewujudan insan yang bernama ibu & ayah di sisi kita. Gunakanlah masa yang ada untuk menghargainya sebelum terlambat. Usah kita sibuk dengan cinta berlainan jantina sedang cinta kita terhadap ibu & ayah masih belum sempurna. Usah kita mengharap pada cinta lelaki jika cinta kita belum terbaik dianugerahkan buat ibu & ayah. Sejujurnya cinta pada ALLAH, Rasulullah s.a.w, ibu dan ayah itu adalah cinta yang paling utama yang perlu dikejar oleh penulis dan sahabat-sahabat.

Bila diselak semula kisah kasih serta sayangnya ibu & ayah terhadap kita, sanggupkah kita terus melukai hati ibu & ayah tercinta? Mereka sudah banyak berkorban untuk kita semata-mata mahu melihat kita berjaya di dunia & akhirat. Segalanya dikorbankan ibu & ayah. Harta, perasaan, tidur, makan, duit, keringat yang tertumpah kerana apa? Mahu anak-anaknya membesar dengan bahagia walau perit terpaksa di telan oleh ibu & ayah.

Di kesempatan ini penulis mahu memohon jasa baik semua sahabat yang membaca warkah ‘Dedikasi Cinta Buat Bonda dan Ayahanda Tersayang’ untuk menghadiahkan surah al-Fatihah buat ayahanda penulis yang sedang diuji kesihatannya. Moga ALLAH memberi kesembuhan pada ayah penulis berkat kiriman doa & al-Fatihah daripada sahabat-sahabat.


Salam kasih sayang kerana ALLAH....                                       

No comments:

Post a Comment