Monday 17 February 2014

Bila tiba Saat Lafaz Sakinah

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-hamdulillah...syukur pada ALLAH sekali lagi kesempatan menjadi milik penulis untuk mencurah idea & ilhamnya di alam maya. Pagi yang hening dan indah di terangi oleh mentari pagi yang memancar cahayanya cukup memberi udara segar bagi penulis untuk meneruskan penulisannya. 

Baiklah, pagi ini penulis mahu bercerita tentang jodoh @ nikah. Memandangkan penulis berada dalam situasi di mana penulis dikelilingi sahabat yang telah & baru sahaja mendirikan rumah tangga. Tipu jika penulis tiada rasa cemburu melihat pasangan baru berkahwin ini. Cuma pandailah penulis menyedapkan hatinya, bahawa jodohnya masih di Lauh Mahfuz. Ni pengaruh rakan sebaya yang tak habis bercerita tentang manisnya cinta selepas kahwin. 

Bila cerita tentang bab kawin penulis suka mendengar lirik nasyid Fareast bertajuk Saat Lafaz Sakinah. Penulis bukan berniat nak ajak sahabat-sahabat kawin sekarang, tetapi hanya mahu meletakkan masa memikir masa hadapan. Masa yang kita ada sekarang cubalah hargainya dengan melakukan banyak perkara berfaedah pantas kita langsung tiada masa untuk bercinta dengan manusia yang berlainan jenis. Biarkan sahaja yang namanya pasangan suami isteri memeterai rasa cinta mereka kerana ALLAH. 

Nasyid ini penulis tujukan khas buat sahabat penulis yang setia di sisi sepanjang keberadaan kita bersama di tempat praktikal iaitu, Nurul Mardiah Fadzil & pasangannya. Moga kalian berbahagaia hingga ke syurga abadi. Hanya doa yang mampu penulis kirimkan buat kalian & kalianlah sahabat pertama yang penulis ada disisi saat Nurul Mardiah bergelar isteri.

Nurul Mardiah Fadzil & suami.

Penulis bersama pengantin baru...

Terima kasih Ayu kerana memberi kesempatan kepada penulis merasai manisnya menjadi sahabat peneman kala Ayu diijab kabulkan. Pengalaman manis bertarikh 23 Januari 2014 di Kedah Darul Aman dikenang penulis sampai penghujung hayatnya. Al-Hamdulillah...

SAAT LAFAZ SAKINAH – FAR EAST
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Ulang Chorus

No comments:

Post a Comment