Thursday 27 February 2014

Kenangan Terindah di Bumi Jelapang Padi

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah…syukur padaNya pagi yang indah tenang dan penuh rahmat ALLAH pada hari segala penghulu, hari Jumaat hari bahagia bagi Muslim yang mendamba cinta ALLAH dalam kehidupannya. Peluang menulis di blog menjadi saat yang paling penulis tunggu dan nantikan. Selawat dan salam penulis kirimkan kepada baginda s.a.w. yang banyak berkorban dan menyatakan rindu pada umat Nabi Muhammad s.a.w. juga tidak dilupa hadiah surah al-Fatihah  buat semua sahabat-sahabat baginda s.a.w dan sahabat2 penulis semuanya.

Jaza kumullah khaira jaza’ buat semua sahabat-sahabat yang tidak lekang membaca artikel di blog ini. Maaf andai kata penulis, andai bicara & senda guraunya mengguris luka di hati kalian semua. Baiklah di pagi Jumaat ini penulis ingin berkongsi cerita tentang kenangan terindah di bumi jelapang padi. Teka di mana? Tepat sekali negeri Kedah Darul Aman.

Masih segar di ingatan penulis saat kaki menjejak bumi Kedah. Penulis terus jatuh cinta pandang pertama pada… usah salah sangka, penulis bukan jatuh cinta dengan manusia. Cinta halal hanya milik suami bila sah bergelar isteri nanti. InsyaALLAH. Penulis jatuh cinta pandang pertama pada sawah padi yang menghijau terbentang luas di hadapan halaman rumah sahabat baik penulis, Nurul Mardiah Fadzil. Kebetulan, kehadiran penulis ke Kedah adalah untuk memenuhi jemputan undangan perkahwinannya.

Seronok bercampur bahagia, al-Hamdulillah kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk menyaksikan sendiri betapa meriah dan bahagianya sahabat bila sah bergelar isteri di sisi suaminya. Lengkap sudah separuh imannya. Penulis tak cemburu ke? Adalah sikit rasa cemburu tapi dapat di halang dengan mengirim doa moga pengantin baru ini berkekalan hingga ke syurga.

Penulis pun bakal melayari alam perkahwinan cuma sama ada perkahwinan di dunia atau ‘perkahwinan’ di akhirat. Manusia memang bijak merancang tetapi ingatlah ALLAH yang menentukan terbaik untuk kita & ALLAH sebaik-baik perancang. Bila nak kahwin? Itu persoalan yang bakal terjawab nanti bila ALLAH kata kahwin maka kahwinlah penulis. Buat masa ini penulis perlu fokus pada belajar dahulu, penulis perlu fokus untuk jadi hamba ALLAH yang terbaik di sisNya, penulis perlu fokus untuk memberi yang terbaik untuk ibu dan ayah serta fokus untuk memperbaiki diri & masyarakat di sekeliling kita, biar kita menyebar sayang & kebaikan pada semua.

Berbalik pada kisah sawah padi yang indah & saujana mata memandang, betul2 buat penulis rasa tenang dan rasa kebesaran ALLAH bila tengok padi yang menghijau. Andai hari-hari penulis dapat abadikan di hadapan sawah padi yang terhampar menghijau pasti ketenangan miliknya. Pasti setiap hari mengabadikan keindahan yang memuaskan hati penulis.  Seronok berbicara dengan alam. Bahagia mendekatkan diri serta mengingatkan kita pada Penciptanya Yang Maha Hebat.

Penulis sempat merakamkan kenangan di sawah padi bersama dua orang sahabatnya, Nurul Mardiah Fadzil & Nur Hidayah Hussain. Jom tengok gambar di bawah,




Pengajaran yang penulis mahu ‘highlight’ kan di sini adalah hargailah dan nikmatilah alam yang telah dianugerahkan ALLAH kepada kita. Penulis jika berpeluang mahu membawa diri berhijrah & melancong ke mana-mana sahaja yang dia mahukan agar bertambah keimanannya, agar semakin dekat dirinya dengan ALLAH, agar bertambah ilmunya tentang Rabb, dengan merenung alam yang mengasyikkan dan mendamaikan.

Sebelum terlupa mari kita meriahkan hari Jumaat yang mulia dengan membaca surah al-Kahfi. Jangan lupa yer! Jumpa lagi minggu hadapan bersama qalamwardahzinnirah. 
Salam kasih sayang buat semua sahabat.

No comments:

Post a Comment