Thursday 20 February 2014

Salam Jumaat, Salam Penghulu Hari

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah…pagi Jumaat yang indah untuk dinikmati oleh semua umat manusia & makhluk ALLAH keseluruhannya. Al-Hamdulillah…ALLAH telah mengurniakan peluang untuk penulis masih menghirup & bersyukur dengan kasih sayangnya dia masih bisa menikmati hari Jumaat. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta semua sahabat & keluarga kaum kerabat  baginda s.a.w. Mari kita banyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w pada hari yang penuh kemuliaan ini.

Bila bicara tentang hari Jumaat tentu kita akan terfikir satu surah yang biasa kita amalkan pada hari Jumaat iaitu surah al-Kahfi. Hari ini kalian dah baca surah al-Kahfi? Bagaimana seronok? Faham tak terjemahan yang ada dalam al-Quran terjemahan kita? Atau hanya membaca surah tersebut? Selain kita membaca digalakkan untuk kita memahami segala bacaan ayat al-Quran moga kita dapat mengambil ibrah (pengajaran) berguna buat diri kita.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Kahfi ayat 107 – 110 yang bermaksud:

107. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
108. mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
109. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Penulis suka meneliti maksud ayat di atas. Moga memberi manfaat buat diri yang hina & sahabat-sahabat yang disayangi ALLAH.


Ha…sebelum terlambat suka untuk penulis berkongsi tentang isu semasa yang melanda Malaysia sekarang. Cuba teka apa? Sahabat yang cerdik & peka terhadap masyarakat pasti akan tahu serta ambil peduli terhadap manusia sekelilingnya kan? Isu kemarau yang melanda Malaysia betul2 memberi pengajaran buat hamba-hambaNya yang berfikir.


Kemarau maksudnya tiada kuantiti hujan yang turun hingga membuatkan empangan, tasik & tempat yang membekalkan air untuk semua masyarakat semakin menurun dan mencapai tahap kritikal. Risau tak, bila kita bangun pagi tiada air yang nak diguna untuk mandi, apatah lagi basuh baju? Semalam terdengar perbualan sahabat yang kata, “Tak ada elektrik boleh tahan lagi, tapi kalau tak ada air susah sangat. Kita kan menggunakan  sepenuhnya air yang ada.” 

Mari kita renung bersama-sama! Baiklah setakat ini dahulu coretan ringkas penulis dalam blog kesayangannya. Dua hari akan datang adalah masa untuk penulis bercuti seketika mencari & memerah idea untuk di isi pada blognya minggu depan. Terima kasih kerana telah sanggup & sudi membaca serta singgah di blog milik insan biasa ini. Maaf atas segala khilaf jika sepanjang kalian membacanya, banyak tulisan penulis yang mengguris atau dirasakan tidak perlu menceritakannya. Sahabat2 sekalian boleh memberi sebarang komen & cadangan penambahbaikan pada penulis sama ada melalui email atau komen di blog ini. Salam kasih sayang kerana ALLAH. Ilalliqa’ ma’aa salamah.

No comments:

Post a Comment