Wednesday 5 February 2014

SATU HARI SATU BUKU 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Hamdullillah...syukur ke hadratNya kerana dengan rahmat & kasih sayang ALLAH, penulis masih punya waktu & ilham yang tercurah untuk dihiasi dalam blognya. Harap tulisan ini bisa di ‘post’ dalam blog penulis nanti walau memakan masa yang agak lama. Yalah, penulis bakal bergelar pelajar praktikal esok lusa. Kesibukannya tentu bakal berlipat kali ganda.

Kali ini penulis mahu membedah buku bertajuk “Dari Lubuk Hati Ibu – Karangan: Norhafizah Musa & Wan Nor Ainon Wan Abdullah.” Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Buku ini adalah pemberian hadiah terakhir daripada Farhana pelajar Tamhidi Sains & Teknologi sempena perpisahan penulis dari KKNC. Buku ini sangat menyentuh hati penulis kerana ini antara buku ke-2 koleksi penulis yang menceritakan tentang ibu. Insan hebat yang banyak menabur jasa untuk anak-anaknya.



Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud:

23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).
                                                                                                                                  
Buku ini terkandung seribu satu luahan hati seorang ibu pada anak-anaknya. Sudah tentu si ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mengharap anak-anaknya bakal menjadi anak yang soleh & solehah berjaya dunia & akhirat. Buku ini terselit seribu nasihat dari seorang insan yang mewakili hati si ibu. Akidah, syariat, ibadah & akhlak dirangkum bersama-sama dalam memastikan anak-anak ibu dilahirkan dalam keadaan muslim. Muslim itu dia mengamalkan Islam secara menyeluruh, dia tidak memilih dalam bab hukum-hakam ALLAH. 

Bila ALLAH kata jangan, langsung dia tinggalkan. Bila ALLAH kata boleh langsung dikerjakan.
Ibu satu-satunya insan yang sangat berharga dalam hidup kita. Tanpa ibu, tentu kita tidak lahir ke dunia dengan Qada’ & QadarNya. Jadi penulis menyeru diri sendiri & sahabat-sahabat semua untuk menghargai kehadiran insan yang bernama ibu di samping kalian. Jangan nanti bila ibu sudah tiada ketika itu kita mulai menanam sesal yang tiada berkesudahan.

Kita hanya ada satu ibu, kita juga hanya ada satu Tuhan. Jadi hargailah ibu kandung yang kita ada. Hargai juga ALLAH yang sentiasa memelihara kita. Cintai ibu seperti mana kita mencintai diri kita. Ringankan bibirmu untuk menyedekahkan al-Fatihah pada ibu tercinta. Kata kalian sayang pada ibu, jadi buktikanlah.

Buku ini sungguh menyedarkan penulis betapa kasih sayang ibu sangat luas untuk anak-anaknya. Buku ini sungguh menyedarkan penulis betapa ibu memainkan peranan dalam melahirkan anak-anak yang soleh & solehah. Nasihat & kata semangat dari ibu mampu menanam kasih sayang terhadap diri semua cahaya mata ibu.

Di kesempatan ini penulis mengucapkan kata sayang & cinta serta ucapan terima kasih tidak terhingga buat mama ibu kandung penulis yang berjaya mendidik penulis menjadi insan yang baik. Pandai menilai mana yang baik & buruk, seronok memerhati alam yang memberi banyak pengajaran kepada penulis. Belajar sabar dengan ujian yang melanda, belajar berdikari kala diri sendiri. Kala bertatih sendiri, penulis jatuh tersungkur, ibu yang menghulur tangan berkat cintaNya. Doa ibu sangat mustajab buat penulis. Doa ibu pengiring perjalanan si anak sungguh memberi suntikan cintaNya yang berkat.  Penulis sayang mama kerana ALLAH.




Penulis mau mengajak semua sahabat untuk sama-sama terkadang kita membelek buku-buku berkaitan ibu kita. Ibu yang melahirkan & membesarkan kita. Ibu yang mengajar kita mengenal baik & buruk sesuatu perkara. Jom, kita tambah ilmu dengan membaca buku. Lagi kita membaca lagi bertambah cinta kita pada ilmu & ALLAH. Usah putus asa untuk terus membaca walau terkadang usaha kita disekat oleh rasa malas & kata orang. Jom kita membaca buku!

Al-hamdulillah...hari ini adalah hari ke-3 penulis bergelar pelatih di PPD Kuala Langat. Pengalaman di pejabat akan penulis garap sebanyak mungkin demi Islam & kerana ALLAH. Bersama sahabat, Nurul Mardiah Fadzil penulis bisa menghadapi ujian & mehnah di sini. Kejauhan dari keluarga, jauh dari sahabat-sahabat seperjuangan, jauh dari kolej kediaman yang mempunyai biah solehah & terpelihara, penuh dengan ranjau & cabaran betul-betul mematangkan penulis yang makin menjangkau umur 24 tahun. Mohon sahabat-sahabat semua yang setia membaca tulisan yang biasa ini untuk menghadiahkan surah al-Fatihah kepada penulis & sahabatnya di tempat baharu. Syukran jazilan kathira.

Moga doa kalian bisa memudahkan kami. Moga doa kalian membawa kami ke jalan yang diredhaiNya. Moga doa kalian membawa kita bertemu di Jannatul Firdausi. InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment