Monday 24 February 2014

Satu Hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim

Al-hamdulillah berkat kasih sayang & cinta ALLAH pada makhlukNya, penulis masih bisa bermain ‘key board’ milik ‘note book’nya. Berkat cinta & kasih sayang Rasulullah s.a.w juga membuatkan penulis & sahabat semua bisa menikmati nikmat terbesar dalam kehidupan kita iaitu nikmat Islam & iman. Mari kita sama-sama berselawat kepada baginda s.a.w sebelum penulis meneruskan penanya!

Baiklah pagi ini penulis mahu bercerita tentang apa yer? Semalam syok duk membelek buku-buku yang ada kotlah ada lagi buku yang masih belum habis dibaca dan boleh diulas pembacaannya dalam blog ini. Belek punya belek ada sebuah buku yang mengimbau kembali kenangan penulis dengan adik usrah kesayangannya. Buku tentang Rasulullah s.a.w.
Buku itu bertajuk, “Indahnya Cinta Rasulullah karangan Harun Arrasyid Haji Tuskan terbitan grup buku Karang Kraf.” Alhamdulillah ada juga buku yang mengingatkan penulis pada baginda s.a.w. yalah kebanyakan koleksi buku penulis telah kemas tersimpan di rumah abang sebapanya. Jadi ini sahaja buku yang ada.



Subhanallah...betapa hebatnya cinta Rasulullah s.a.w bisa mengubah api menjadi air, bisa mengubah amarah jadi tenang, bisa mengubah jahat jadi baik, bisa mengubah benci jadi cinta. Sifat & peribadi indah Rasulullah s.a.w ini yang sepatutnya di contohi oleh semua umat Islam. Bila di baca semula buku ini sungguh penulis berlipat kali ganda jatuh cinta pada Rasulullah s.a.w.
Peribadi baginda s.a.w sangat mulia tidak kira kepada siapa pun, sahabat, keluarga, isteri, anak, kanak-kanak, jiran tetangga, orang tua, orang muda, saudara yang jauh, malah musuh turut dilayan dengan baik oleh Rasulullah s.a.w. padanlah ramai yang jatuh cinta pada Nabi Muhammad s.a.w. Ingin sekali penulis mencontohi sifat & peribadi mulia baginda s.a.w.

Antara peribadi mulia Nabi Muhammad s.a.w yang tersenarai dalam buku ini adalah, mencintai dengan telus & ikhlas, bersikap amanah, bersikap kesetiaan, sopan & beradab, rendah hati, tawakal, sukakan kebersihan & wangian, menanam kasih sayang, gemar berzikir & beribadah, sentiasa melakukan amar makruf & nahi mungkar serta banyak lagi contoh yang diberikan dalam buku ini.

Terima kasih kepada penulis buku ini kerana menyedarkan penulis betapa Rasulullah s.a.w terlalu mencintai umat baginda s.a.w. Kerna cinta itu indah Nabi Muhammad s.a.w mentafsirkan & menzahirkan kecintaan pada semua insan yang ada tidak kira bagaimana pun keadaannya. Bisakan kita berbuat demikian? Tepuk dada tanya iman kita. 

No comments:

Post a Comment