Sunday 23 February 2014

Satu Hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim…

Al-Hamdulillah…kita masih diberi waktu untuk terus menjadi hambaNya yang sentiasa mengingatiNya di setiap detik penciptaan kita sebagai hambaNya & khalifah ALLAH S.W.T. Al-Hamdulillah, masa cuti 2 hari memberi peluang kepada penulis untuk menambah idea & merekayasa sesuatu untuk dititip dalam blognya. Peluang yang cukup berharga bagi penulis terutamanya bila penulis berpeluang menghabiskan masa cutinya dengan sepupu sahabat karib penulis.

Pagi ini ada dua cerita yang penulis ingin abadikan dalam blognya. Pertama tentang minatnya terhadap buku. Ke dua penulis mahu bercerita tentang seseorang yang sangat istimewa dalam jiwa penulis, yang membawa penulis mengenal cinta ALLAH, yang membawa penulis menjad insan berguna saat ini.

Masa cuti penulis tidak disia-siakan. Dia berkesempatan menghabiskan masa dengan buku novel Islami bertajuk, “Tautan Hati- Karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd”. Buku milik Nurul Mardiah Fadzil menjadi tatapannya kali ini. Terima kasih Ayu kerana telah memberi peluang kepada penulis mendapat sesuatu mutiara ilmu dari buku ini. Siapa kata baca novel tak menambah ilmu? Siapa kata baca novel hanya membuang masa? Siapa kata baca novel hanya melayan imaginasi semata? Semua kata-kata itu langsung disapu bersih dari penulis. Asal minat membaca semuanya memberi manfaat.



Teringat penulis pada kata-kata seorang pengacara rancangan “Al-Khawater di TV AL-HIJRAH”, “Sesiapa yang berjaya adalah orang yang banyak membaca. Sesuatu tamadun berjaya dan membangun bila rakyatnya adalah rakyat yang suka pada ilmu pengetahuan serta menambahnya dengan membaca buku2.” Sudah berkali penulis membaca buku novel bertajuk Tautan Hati ini. Penulis buku ini bijak dalam meletakkan permulaan cerita, klimaks dan penamat cerita ini.
Perkara yang paling menarik hati penulis ialah halaqoh atau kata lainnya usrah @ liqa’ antara aktiviti yang diselitkan dalam novel ini. Sungguh novel ini mengingatkan penulis pada adik-adik usrahnya, sungguh novel ini mengingatkan penulis pada ukhuwwah yang pernah dibinanya di universiti dahulu. Sekarang kisah itu hanya menjadi kenangan manis yang sentiasa diingati penulis. Kisah manisnya punya usrah berkongsi sedih dan bahagia bersama…meniti saat bahagia bila dapat berusrah  bersama-sama walau susah untuk mengajak orang sama-sama merasai manisnya bila berkongsi tentang Islam.

Penulis suka memetik salah satu kata2 Asiah Yusra sewaktu bersama-sama temannya yang betul2 mengesan hati penulis dalam novel tersebut muka surat 575 &576:

Halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita…

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar berdating dalam halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,
Di bawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi & terang, tanpa takut & bimbang,
Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landansan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak & pekerti sesama,
Saling menasihati agar makin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakn dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga & maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agungNya,
Dalam masa yang sama mencintai keluarga & memelihara maruah setingginya.

Itulah betapa manisnya persahabatan kerana ALLAH. Kini hampir sebulan penulis di sini bergelar sebagai pelatih di bumi Kuala Langat, Banting, Selangor. Sungguh sahabat-sahabat adalah antara orang yang sangat dirindui penulis. Gelagat, keletah, ketawa, nasihat mereka terngiang-ngiang pada pandangan penulis. Dan blog ini memberi ruang kepada penulis untuk mengatakan rasa rindunya kepada sahabat-sahabat. Sekurang-kurangnya terubat sedikit bila ada sahabat yang sudi menjengah blog ini.


Biarlah buku apa pun yang kita suka baca asalkan banyak membantu kita mengingati ALLAH dan memberi peluang kepada kita untuk terus menyebarkan kebaikan Islam kepada semua mahklukNya. Betul tak bicara penulis ini? Kalian bisa menilainya sendiri. Minat terhadap buku banyak memberi suatu ilmu baru kepada penulis. Penulis bukan setakat mendapat ilmu baru bila bertemankan buku, pengalaman baru, memberi pengajaran berharga buat penulis, membentuk diri penulis untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum ini. Tak percaya? Ha…kalian boleh mencuba baca buku dan jadikan buku sebagai sebahagian kecintaan kalian.

No comments:

Post a Comment