Saturday 8 February 2014

Satu Hari Satu Buku 3

Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke-4 penulis bergelar sebagai pelatih di PPD Kuala Langat bersama-sama sahabat setia penulis. Alhamdulillah di kesempatan ini ALLAH memberi waktu kepada penulis untuk menggunakan masa terluangnya di pejabat dengan membaca buku.
Hanya dengan membaca penulis dapat menghilangkan kebosanan & kengantukannya. Hari ini penulis telah menghabis sebuah buku yang bertajuk ‘Berjalan-jalan Di sini. Karangan: S. Othman Kelantan’. Jarang sekali penulis dapat membaca cerpen-cerpen sastera yang berbentuk seperti ini. Buku ini dijumpai di rak buku Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat Unit Akademik.




Pada mulanya penulis agak bosan membaca isi buku tersebut kerana bahasa yang digunakan sangat tinggi & terlalu sastera bagi penulis. Namun, penulis merasakan penulis buku ini sangat hebat dari sudut karya penulisan kreatifnya berbentuk cerpen. Bahasa sastera yang digunakan memerlukan pemerhatian & peneletian penulis yang tiada asas satera ini. Cerita-cerita yang dipaparkan adalah menarik tetapi sukar difahami jika penulis hanya membaca selayang pandang.

Alangkah gembira & bersyukurnya penulis jika suatu hari dia bisa jadi seperti sasterawan negara Dr. Syed Othman Syed Omar, penulis buku ini. Menghargai kewujudan bahasa Melayu & memartabatkan penggunaannya dalam penulisan tersendiri. Penulis mengimpikan suatu detik impiannya menjadi penulis bakal terkabul walau pada permulaanya penulis hanya menulis dalam blognya sahaja.

Bila di baca buku-buku sastera banyak perkataan baharu yang didapati oleh penulis & cerita-ceritanya juga memerlukan pembaca berfikir & memahami isi mesej penyampaian S. Othman Kelantan.  Seronok berkerja sambil membaca buku-buku yang ada. Jadi tahun ini bolehlah penulis menghadamkan beberapa buah buku sebelum bergraduasi, insyaALLAH.

Dulu dek kerana sibuk dengan belajar penulis kurang waktu untuk membaca & menghadamkan buku-buku yang menjadi koleksi indahnya terutamanya buku-buku berkaitan penulisan sastera kreatif yang boleh meningkatkan kemahirannya menulis & menggunakan kepelbagaian perkataan dalam suatu penghasilan penulisan. Sekarang, alhamdulillah peluang itu telah ALLAH hadiahkan kepada penulis supaya masa yang ada dapat digunakan dengan sebaiknya dengan membaca.

Membaca adalah aktiviti yang wajib dilakukan oleh semua makhlukNya yang bernama manusia. Tidak kira dia berpangkat atau tidak, dia bahagia atau derita, dia senang atau susah semuanya perlu membaca. ALLAH sendiri telah menggalakkan hambaNya untuk membaca dalam surah pertama yang turun kepada Rasulullah s.a.w ALLAH S.A.W berfirman dalam surah al-‘Alaaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:

1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
5. Dia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Terang lagi bersuluh tentang kepentingan & suruhan membaca yang digarap dalam Kalamullah untuk manusia-manusia yang berfikir dan menghargai kasih sayangNya. Ya ALLAH...moga Engkau masih memberi kesempatan kepada kami untuk terus menimba ilmuMu & mengamalkan segala suruhanMu dengan sebaiknya.


Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian & untaian kata dari penulis buat sahabat-sahabat yang setia meringankan mata membaca isi yang terdapat dalam blog ini. Moga kehadiran penulisan di blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. Salam kasih sayang kerana ALLAH. Sebarkan kebaikan pada semua orang kerana semua orang berhak merasai kebaikan Islam.

No comments:

Post a Comment