Saturday 9 November 2013

Ya ALLAH…Sukarnya Menjaga hati Sahabat



Dilema dalam kehidupan bila punya sahabat yang ramai dalam senarai hati kita. Manusia tidak mampu hidup keseorangan itu di akui oleh semua insan yang di kurnia perasaan mahukan teman. Tidak kira apa fungsi yang di bawa oleh seorang sahabat, mereka tetap dambakan sahabat di sisi mereka termasuklah penulis.

Ya penulis suka melebarkan sayap persahabatannya dengan semua orang. Walau ketika hanya dia seorang yang mampu tersenyum melihat sahabat bahagia di kejauhan. Namun, sahabat ini punya perasaan, perasaan yang perlu dijaga & dibelai. Perasaan memahami antara satu sama lain dan menaruh kepercayaan.

Ya ALLAH…sukarnya untuk menjaga hati sahabat sedangkan kita pernah menuturkan janji bahawa persahabatan kita hanya kerana Ilahi. Penulis harus bersikap bagaimana bagi menjamin tiada seorang pun sahabat yang sakit hati atau terasa dengan sikapnya? Tiada seorang sahabat pun yang mempertikaikan kasih sayangnya. Tiada seorang sahabat pun yang memaling muka dari melihatnya. Aku ini harus bagaimana? Khabarkan kepada ku sahabat…aku ini harus bagaimana? Rintihan hati kecil yang mahukan penjelasan dari seorang insan yang bernama sahabat.

Adakah kerana salah hatiku dalam menilai sebuah persahabatan? Mungkin juga kerana penulis susah memahami apa yang terjadi pada diri sendiri. Penulis terlebih dahulu perlu menyalahkan hati sendiri daripada menyalahkan orang lain dalam bab sahabat ini. Inilah fitrah manusia dan fitrah sebuah persahabatan pasti ada di sana ujian untuk menguji sejauh mana keberkesanan sebuah persahabatan.

Jika benar kita ini bersahabat kerana ALLAH kenapa harus setiap perkara kita mudah terasa? Jika benar kita sahabat kenapa harus di pertaruh perasaan sayang antara kita? Penulis ingin memahami isi hati sahabat-sahabatnya sampai satu masa tiada ruang dan waktu untuk dia fikir tentang isi hatinya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbuku di ruang sudut kecil hatinya.

Penulis juga hanya insan biasa yang punya perasaan. Namun bila difikirkan kembali hadis Rasulullah S.A.W, dia cuba memujuk hatinya yang sayu dengan sikap sesetengah sahabatnya yang mudah terasa. Penulis cuba berlapang dada dengan apa yang telah dilaluinya.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.










No comments:

Post a Comment