Thursday, 14 November 2013

Indahnya Berpurdah ^__^

Salam kasih sayang buat semua makhluk ALLAH...

Lama sudah QalamWardahZinnirah tidak mencoret sesuatu pada blognya. Maklum sahaja sudah sibuk dengan tugasan2 yang semakin bertambah bila dah nak masuk mid sem ini. Tapi apa pun usah risau penulis masih punya masa yang dikurniakan oleh ALLAH untuk melakar suatu ceritera dalam blog ini.

Hari ini kita bicara tentang pemakaian purdah memandangkan ada satu peristiwa terjadi pada penulis tentang purdah. Moga 'post' ni dapat memberi manfaat kpd semua pembaca setia blog ini. 

Berbalik pada cerita kita, satu hari penulis menerima satu sms dari junior tempat kolej kediaman yg dia menetap. 

Ini adalah antara diolog antara mereka yg berbentuk SMS:

JUNIOR: "Salam akk...lps sy tgok akk smlm...terdetik hati sy nk pakai mcm akk...blh ke...sbb sy mmg prnh niat nak pakai...mohon pencerahan..."

PENULIS: "Wa'alaikumussalam w.b.t...alhamdulillah & tahniah sbb awk dah ada niat nak pakai. Akk pikir byk kali gak nak pakai, sbb bila rujuk ustzh mrk kata hanya sunat yg penting kita kena pastikan yg wajib pd kita sbg seorg muslimah di tutup dgn sempurna dulu. Sama sprt solat, kita kena sempurnakan wudhuk dulu baru sah solat. & bila ckp pasal purdah byk benda yg si pemakai kena pertimbangkan. Erm, try awk bukak page FB Indahnya Berpurdah."


JUNIOR: "tp kan akk, sy dah lama nak pakai, bila pergi umah mak cik sy...kakak saudara saya pakai...sy pun pakai ble kuar dgn mrk..."


PENULIS: "Akk x halang awk nak pakai cuma dptka izin ibu ayah dulu. bila ibu ayah bagi, insyaALLAH ada keberkatan dalam pemakaian purdah kita."

"Serius akk x halang awk pakai, bahkan akk suka awk dpt pakai niqab, dlm page FB tu byk perkara yang awk blh tau pasal niqab ada baik & buruknya. May ALLAH bless you."

JUNIOR: "Time kasih akk...sy harap macam tu jugak...ada lagi sebab yg buat sy nak pakai. nati kalu ada masa sy bgtau akak...insyaALLAH ALLAH akn tunjukkan jalanNya klu benda ini baik utk sy."


PENULIS: "Mmg perkara ini baik untuk awak. That why ALLAH choose you my dear shbt."


Perbualan kami tamat di situ shj. Soalan itu menambah keyakinan penulis untuk terus memakai niqab @ purdah walaupun penulis hanya memakainya mengikut keadaan semasa. Bila di universiti penulis tidak dapat memakai purdah seperti biasa jadi dia mengambil inisiatif memakainya di luar kawasan universiti. Banyak kelebihan & kebaikan yg penulis dapat sepanjang memakai niqab ni. Antaranya, penulis merasaan dirinya sangat di jaga & dipelihara oleh ALLAH, dia merasakan dirinya selamat di bawah perlindunganNya.

Tak dinafikan kadang2 ada yang mencemuh & tidak suka dgn si pemakai niqab dgn bermacam tohmahan mereka lemparkan, namun ini tidak sesekali mematahkan semangat penulis untuk terus memakainya.

Mohon doa sahabat2 semua untuk doakan penulis diberi kekauatan hati dan istiqamah dalam pemakaian niqab @ purdah ini. Banyak sebenarnya penulis nak bgtau, tapi mungkin untuk kali ini setakat ini dahulu kita berjumpa lagi di lain masa.

ILALLIQA' MA'ASSALAMAH






1 comment:

  1. Assalamualaikum ukhti,,,,,,, terima kasih kerana sudi memberi pencerahan tentang berpurdah . Masa saya mula2 berpurdah , saya rasa ada sesuatu yang membentengkan saya untuk membuat sesuatu dan saya juga rasa takut untuk bersikap bebas . Adakah itu salah satu penghijrahan yang ALLAH SUBHANAHU WATAALA telah tunjukkan kepada saya?

    ReplyDelete