Sunday 3 November 2013

Kiriman rindu buat keluarga tersayang ^__^

Cuti pertengahan semester telah bermula tetapi buat kali ini penulis tidak bercuti bersama-sama keluarga macam yang selalu dilakukannya. Semester ini penulis memilih bercuti di universitinya sahaja kononnya mahu menyelesaikan kerja-kerja tugasnya sebagai pelajar. Jadi nak tak nak penulis terpaksa memaksa dirinya memendam rasa rindu pada keluarga. Penulis seperti selalu cuba mengubat rindunya dengan melayangkan kiriman rindu pada keluarganya melalui QalamWardahZinnirah.blogspot.com ini di samping menyedekahkan al-Fatihah buat keluarga tersayang yang sentiasa dirindui kerana ALLAH.

Insan yang paling penulis rindu mestilah mama & ayahnya yang telah mendidik dan membesarkan penulis dan adik2. Terima kasih mama & ayah. Kalian insan yang sangat baik. Kami sangat beruntung menjadi anak-anak kalian.



Mana tahu dengan cara ini terubatlah rasa rindu di samping sentiasa menelefon mama, ayah, adik, chik, padil & mimi di kampung. Adik perempuan penulis memilih untuk pulang ke kampung begitu juga adik lelaki sulung penulis. Adik ke-3 penulis pula menyambung masa cutinya dengan keluarga kak long di Johor.

Penulis rindu pada gelagat-gelagat adik2nya yang sangat menyenangkan hatinya. Di bawah ada gambar2 yang sempat dirakam oleh penulis sendiri.

Gambar penulis & adik masa Hari Raya Haji

Penulis bersama satu2 adik perempuannya @ kembar

Chik & Fadzil bersama-sama dlm kereta kami

Ni adik bongsu penulis...Ahmad Hambali

Fadzil Hanapi adik lelaki ke-2 penulis

Keluarga kak long 'kakak sebapa'

Sejuk mata tengok gambar adik lelaki sulung...chik berpakaian jubah

Moga kita sekeluarga bisa hidup bahagia dunia & akhirat juga sampai syurga



No comments:

Post a Comment