Monday 18 November 2013

Air Mata Iman dalam SOLUSI ISU 62

Salam kasih sayang buat semua umat Islam terutama buat sahabat2 yang setia membaca setiap bait kata dalam blog ini. Terima kasih semua. Moga isi2 dalam blog ini memberi manfaat kepada semua.

Hari ni, penulis suka untuk berkongsi bahan bacaan penulis pada kali ini. Buku majalah Solusi menjadi peneman setia penulis. Saat penulis buntu untuk mencari idea dan tenggelam dalam dunianya yang terkadang merasa diri kosong dan resah, buku Solusi ini dibelek. Berkenan dengan buku ini langsung penulis mahu membacanya. Jadi RM10 perlu dikorbankan. Sedih kehilangan duit RM10 tapi bahagia saat mendapatkan ilmu yg lebih banyak daripada buku ini. 

Penulis sempat merakam gambar buku Majalah SOLUSI edisi terbaru, isu 62. Nak tengok gambar? Jom, ikut penulis! 



Terkesan juga pada isi buku majalah ini, "Dgn menangis di dunia, org mukmin akan ketawa di akhirat. Di sanalah tempat hati & jasad berehat. Di destinasi terakhir itu tidak akan ada lagi tangisan. Semuanya ketawa ria. & itulah ketawa terbaik." Perasan tak hidup kita sentiasa di hiasi dengan tangisan bukan bermakna kita sentiasa lemah tetapi itu tanda kekuatan & kebergantungan kita kepada ALLAH. Tak percaya, Bila kita lahir lepas hampir 9 bulan 10 hari kita dalam perut ibu, apa perkara pertama yg kita buat? Ha...kita menangis. Then hidup kita pun diselangi dengan tangisan. Lelaki & perempuan sama je semua menangis cuma caranya berbeza. Nanti, bila Malaikat maut datang menjemput, kematian kita juga akan diiringi oleh tangisan saudara-mara dan keluarga. Betul tak?



Banyak lagi isi yang dikongsi dalam majalah Solusi isu 62 ini antaranya, "Menangislah supaya tidak menangis", Magia kasih ibu", "Berusahalah menyucikan diri", dan banyak lagi paling menarik isu utama tentang isu menangis kerana iman. Penulis kongsikan sedikit tentang artikel, "Tangisan Berpahala", 1) Menangis kerana takut kepada ALLAH 2) Menangis kerana rindu & cinta ALLAH 3)  Menangis kerana kerinduan kpd ALLAH 4) Menangis kerana belas kasihan & rasa kasih kpd jenazah 5) Menangis kerana khuatir & simpati akn nasib umat Islam 6) Menangis krn membaca @ mendengar al-Quran 7) Menangis kerana berdoa kpd ALLAH. 

Ha...nak tau lebih 'detail' jom dapatkan buku  majalah SOLUSI ISU 62.

DEKATKAN DIRIMU DENGAN ILMU MELALUI PEMBACAAN BUKU2 . JOM KITA BUDAYAKAN AMALAN MEMBACA...MOGA BISA MENJADI UMMAH BERGUNA PADA AGAMA. 

No comments:

Post a Comment