Saturday 18 January 2014

Sinopsis Cinta Suci Zahrana

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur padaNya hari ini penulis masih bisa menghirup oksigen dariNya...hari ini penulis masih bisa menatap ‘notebook’ kesayangannya....hari ini penulis masih diberi kekuatan untuk menulis & mencurah idea hanya semata kerana mahu melihat semua manusia merasa Islam itu indah untuk dilaksana. Islam is the way of life!



Drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk ‘Cinta Suci Zahrana- Karangan: Habiburrahman El-Shirazy’ ini sangat menarik untuk ditonton oleh insan yang memegang gelaran muslimah terutamanya. Penulis seronok menonton drama ini kerana pengolahan yang menarik tetapi penulis syorkan kita boleh membaca novelnya yang penuh imaginasi tersendiri oleh Habiburrahman El-Shirazy.

Cerita yang menarik untuk ditonton. Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil sepanjang penulis menonton drama Indonesia ini. Kisah seorang perempuan yang telah menjangkau umur 30-an tetapi masih belum punya calon bakal suami. Zahrana memainkan watak cemerlang dengan wanita berkerjaya yang sangat genius dipuji kerana kepintarannya dalam bidang pendidikan. Walau Zahrana seorang yang berpangkat di salah sebuah universiti di Indonesia, dia masih tidak melupakan ibu & ayahnya di kampung.

Teringat penulis pada kata-kata sahabat baik Zahrana saat dia diuji dengan Ketua Dekannya yang sangat menyukainya, “Memaafkan bukan bermakna kalah. Orang yang pemaaf akan mudah mendapat syurga. Hanya orang pilihan yang berjiwa besar yang bisa melalui ujian ini.” Ujian jodoh betul-betul menguji iman Zahrana. Istikharah yang menjadi teman setianya.

Zahrana diuji lagi setelah dia kehilangan bakal suami yang meninggal dunia kerana kemalangan ketika mahu di akad nikah, serentak dia kehilangan ayah tercinta yang sakit saat menerima berita itu. Kehilangan du insan yang disayang sangat memberatkan Zahrana, hingga sahabatnya datang memberi kata semangat, “Taqwa memungkinkan segalanya, terima ujian dengan redha seperti hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ‘Semua perkara bagi orang mukmin itu baik. Jika mendapat nikmat dia bersyukur, jika mendapat musibah dia sabar.” Dia ditahan di wad akibat pengsan & tekanan yang melampau.

Akhirnya setelah melalui ujian yang berliku, Zahrana di kahwini pelajarnya yang bernama Hassan. Pinangan Hassan diterima melalui ibu Hassan yang menjadi doktor kepada Zahrana saat dia sakit sebelum ini. Ibu kandung Zahrana memainkan peranan saat anaknya bakal bergelar isteri. Ibunya berpesan, “Sebutlah nama ALLAH dalam keadaan senang mahupun susah.” Kata-kata ini sentiasa bermain di benak fikiran penulis & katanya benar.

Kemudian, antara pengajaran dalam drama ini juga Zahrana & Hassan menunjukkan satu contoh manisnya bercinta selepas akad nikah. Walau mulanya mereka saling mengenali & Hassan mula menaruh perasaan cinta pada Zahrana yang menjadi ‘supervisor’ ‘thesis’nya, Hassan hanya mendiamkan diri. Pengajaran terakhir yang boleh penulis simpulkan hasil menonton drama ini, Zahrana akhirnya mendapat jodoh yang baik hasil kebergantungan kepada ALLAH & selepas diuji dengan pelbagai mehnah yang menyesak jiwa.

Jom kita hayati bait lagu bertajuk ‘Cinta Suci Zahrana’- Melly Goeslaw & Anto Hoed:

Zahrana lukisan cinta suci
Nelangsanya hatimu sepi
Senyummu tetap dalam ikhlas
Biar lama menanti
Tetap hati berpegang
Cintamu suci.
Zahrana risalah cinta suci
Cintamu hanya karna ALLAH
Walau dingin hati menunggu
Menggunungnya hinaan
Sebutan perawan tua
Cintamu tetap suci
Sebut namaNya, dekat denganNya
Pinta padaNya
Segala perkara hidup & cintamu
Indah pada waktunya
Takbirkan cinta
Atas restuNya atas pilihanNya
Serahkan seluruh urusan
Cinta & hidup hanya pada ALLAH
Zahrana





No comments:

Post a Comment