Wednesday 1 January 2014

Satu Hari Sebuah Buku

Sinopsis Hasil Pembacaan Penulis.

Bismillahirrahmanirrahim…

Firman ALLAH S.W.T dalam surah An-Nuur ayat 31 yang bermaksud:

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Al-Hamdulillah…nafas penulis masih boleh ditarik seperti kebiasaannya. Syukur ke hadratNya kerana diberi peluang untuk menikmati nikmat terbesar yang penulis dapat sepanjang kehidupannya iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.


Al-Hamdulillah juga penulis diberi peluang oleh satu-satunya adik perempuan kandung penulis, Farah Mimi binti Yaakob untuk membaca dan menghabiskan buku bertajuk, “Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan-Pesan Allah & Rasul untuk Dirimu.” Hasil karangan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Hj Mohamad Daud. Terima kasih penulis ucapkan kepada adik perempuannya kerana telah memberi kesedaran kepada kakaknya tentang betapa bahagianya menjadi gadis pilihan ALLAH. Perkongsian yang menarik dari seorang adik.




Mereka adalah merupakan pensyarah & mantan YDP USIM. Mereka insan hebat yang berjaya terpanggil menulis buku berkenaan insan yang digelar gadis. Tahniah & syabas penulis ucapkan kepada ke dua-dua penulis buku ini kerana berjaya membawa si pembaca memahami & mendalami setiap bait kata dalam buku ini. Al-Hamdulillah… berjaya juga akhirnya penulis menghabiskan buku ini hanya dalam masa beberapa hari kerana faktor kepadatan isi dan pembawakan & pengolahan isi yang sangat mantap oleh gabungan ke dua-dua penulis buku ini. Di bawah tersenarai gambar-gambar penulis buku ini yang berjaya penulis ambil dalam ‘google search’. Jom kenali penulis buku tersebut!



Jom, kita buka & baca buku ini! Setiap bab ada penghuraian yang tetap berserta dalil kukuh daripada al-Quran & hadis, dialog “Usik-Usik Ustazah” disampaikan dengan cara yang santai ibarat berbual dengan para pembaca pada pendahuluan setiap bab, & ruangan “Menyuburkan Jiwa, Menyuntik Inspirasi” pula banyak menceritakan tentang contoh2 sahabat2 Nabi Muhammad s.a.w, serikandi2 Islam, & kisah para nabi yang berkait rapat dengan bab yang dibincangkan. Manakala ruangan “Bicara Hikmah Ustaz” pula memberi pesan serta nasihat yang mendalam kepada insan yang memegang nama gadis daripada seorang ustaz, tidak ketinggalan ruangan “Apa Pandangan Pakar?” tentang sesuatu topik yang dibincangkan turut menarik pembaca menghabiskan bacaannya.

Apa yang penting buku ni sangat ‘best’ kerana pengisiannya bertepatan & sangat bersesuaian dengan gadis remaja Muslimah pada masa kini. Memetik kata-kata yang ada terdapat dalam buku bertajuk, “Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan-Pesan Allah & Rasul untuk Dirimu.” Hasil karangan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Hj Mohamad Daud ini, tapi lupa sudah muka surat berapa…maaf.

“Wahai puteriku, wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki, tetapi sebagai sumber kebahagiaan kepada suami.”

“Wahai puteriku, apabila ilmu sudah bertambah, bererti musuh sudah kalah. Keindahan ilmu pasti bermakna apabila ilmu dapat membimbingmu.”

Dua kata-kata di atas betul-betul memberi kesan mendalam pada penulis sebagai pembaca dan gadis. Penulis yakin semua Muslimah solehah dambakan cinta ALLAH, dambakan suatu kesempurnaan walaupun terkadang apa yang didambakan tidak pernah diperoleh itu namanya ujian yang menjadi tanda ALLAH sangat menyayangi kita sebagai gadis pilihanNya. Bersabar duhai gadis…

Dalam buku ini banyak pengisian menarik menanti pembaca antaranya bab batas pergaulan antara lelaki & perempuan dengan kata lain ikhtilat, kepentingan solat, kepentingan mematuhi perintah & mentaati ibu bapa, kepentingan hubungan dengan ALLAH melalui pembacaan & tadabbur al-Quran, kepentingan menuntut ilmu (thaqafah islamiyyah, thaqafah tarikhiyyah, thaqafah lughawiyyah, thaqafah ilmiyyah, thaqafah insaniyyah, & thaqafah waqi’iyyah), kepentingan menggunakan masa muda dengan sebaiknya seperti yang termaktub dalam kalamullah surah al-Ars ayat 1-3 yang bermaksud:

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Serta banyak lagi pengisiannya. Nak tahu? Silakan terus membaca buku “Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan-Pesan Allah & Rasul untuk Dirimu.” Hasil karangan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Hj Mohamad Daud.



Doakan moga suatu hari nanti termakbul niat penulis untuk menjadi penulis seperti mereka...ameen

No comments:

Post a Comment