Saturday 18 January 2014

Momen Terakhir Bersama Rakan Sekuliah

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...penulis masih berkesempatan melakar idea-ideanya yang mencurah, untuk tatapan diri & semua sahabat. Salam ukhuwwah untuk semua. Terima kasih kerana masih setia menyinggah blog ini. Walau isinya tak menarik & panjang berjela. Perjalanan hidup sebagai hambaNya masih panjang bagi penulis, cuma kehidupan di universiti mungkin berakhir di sini kerana mula semester hadapan penulis bakal melangkah ke alam praktikal. Tiada lagi masa untuk belajar di dalam kuliah seperti kebiasaan. Tiada lagi masa untuk penulis menghayati kehidupan di kolej kediaman.

Cepat benar masa berlalu. Masa untuk penulis dan kawan-kawan sekelas mengadakan ‘renioun’ sebelum masing-masing membawa haluan tersendiri nanti. Majlis yang sederhana tapi penuh dengan makna. Yalah, cuba bayangkan penulis dan kawan-kawan bersama sejak dari semester satu sampailah semester tujuh & semester lapan kami semua harus berpisah melaksanakan praktikal di tempat masing-masing.

Benarlah hadith Nabi Muhammad s.a.w daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah s.a.w, baginda bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman secara sempurna seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” HADITH RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM

Mula majlis kami dengan jamuan makan kemudian pembahagian hadiah & diikuti sketsa yang menyedihkan bila mana masing-masing meluahkan rasa, menitis air mata saat bersalaman sesama penulis & kawan-kawan. Walaupun hanya sekejap tapi sangat membekas di hati. Kawan sekelas yang tak mungkin penulis lupa. Masing-masing bawa karekter tersendiri, bila di gabung bersama menjadi satu kebersamaan yang digelar sinergi.

Ada sahabat penulis yang bakal melangsungkan perkahwinannya selepas ini, ada juga yang sibuk berkata mahu menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, ada yang menyimpan cita-cita menjadi orang hebat suatu masa nanti. Masing-masing sibuk bercerita, yalah hampir dua minggu penulis & kawan-kawan tidak berjumpa kerana sibuk dengan peperiksaan akhir.

Di bawah antara gambar2 yang sempat dirakam oleh penulis:




Ni gambar semua kawan-kawan penulis. Bukan yang diambil penulis yer.






Banyak yang penulis belajar di sini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan namun perpisahan tak terjadi dengan Qada’ & QadarNya. Terkandung sejuta hikmah dariNya untuk hambaNya yang berfikir. Persahabatan yang ikhlas mampu melahirkan sahabat-sahabat yang sentiasa membantu sama ada ketika susah atau senang. Bukan ketika senang sahaja sahabat mencari kita. Bukan ketika susah kita ditinggalkan begitu sahaja. Itu konsep sebenar persahabatan berlandaskan kasihNya.  Sedih menyinggah bila memikirkan selama hampir 4 tahun berkenalan, masa praktikal masing2 mengikut arah.


Antara gelagat yang sempat dirakam...I will miss you all.

No comments:

Post a Comment