Saturday 18 January 2014

Menghargai Insan Lain

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih berbaki waktu untuk penulis berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat & generasi penulis akan datang. Bila memandang masa & hari yang berlalu, rupanya penulis sedar setiap hari punya pengajaran berhikmah dari Ilahi untuk hambaNya yang menyedari.
Ok, petang ini penulis yang bercerita tentang alam universitinya. Boleh kan? Sepanjang hampir 4 tahun belajar di universiti, penulis tidak pernah lekang menggunakan kenderaan ini. Setiap kali nak pergi kuliah, setiap kali nak ke kolej kediaman, ‘dia’ adalah kenderaan wajib penulis guna. Cuba teka?

Google image...

Google image...

Sepantasnya penulis menghargai jasa seorang pemandu. Orang lain bahagia dengan kenderaan persendirian seperti kereta & motor. Penulis juga harus berbahagia & berbangga dia punya pemandu. Banyak kenangan yang boleh penulis lakarkan sepanjang keberadaannya di universiti & punya pemandu sendiri itu kenangan yang tak ramai pelajar ada.

Setiap kali nak menaikinya, penulis sangat perlu bersabar kerana bukan dia seorang yang menggunakan perkhidmatan bas. Penantian satu penyeksaan, paling seksa bila semua orang dah naik bas balik, tinggal penulis sahaja yang termanggu menunggu bas mengambilnya pulang ke kolej kediaman.

Terpana penulis saat membelek isi ayat Al-Quran surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud:

153. Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar.

Sabar itu indah. Kenangan penulis yang agak pahit untuk ditelan bila terkadang ditinggalkan bas, berlari anak untuk mendapatkan bas, & terkadang menunggu bas berjam-jam lamanya hanya kerana penulis tinggal di kolej kediaman yang agak jauh dari kampus. Manisnya kenangan ini tak mungkin dapat diulang kembali.

Penulis adalah antara pengguna tegar kenderaan ini. Soalan yang sering di tanya oleh ‘juniour’ ketika bertemu dengan penulis, “Akak dah tahun akhir kan? Akak tinggal jauh mesti guna kenderaan sendirikan?” Penulis pantas menjawab, “Sepanjang 4 tahun di sini bas adalah kenderaan wajib saya.”

Terima kasih penulis ucapkan kepada semua pemandu yang telah banyak berjasa kepada pelajar-pelajar walaupun terkadang kalian pernah membuat onar & menyebab pelajar-pelajar marah. Sesungguhnya banyak pahala yang pemandu-pemandu bas dapat sepanjang kalian menghantar & mengambil mahasiswa-mahasiswa yang sedang berjihad menuntut ilmu.

Di samping itu, penulis belajar banyak perkara sepanjang dia menjadi pengguna bas. Antaranya, penulis dapat ramai kawan baru terutamanya bagi sesiapa yang berada di sebelah penulis ketika dalam bas pasti ditegurnya & di sapa. Tempat kediaman penulis agak jauh, & memakan masa hampir 30 minit untuk sampai ke destinasi. Jadi masa yang ada penulis gunakan untuk memerhati di luar jendela bas. Tengok alam yang telah dimusnahkan oleh manusia hanya kerana sebuah pembangunan.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah ar-Ruum ayat 41 yang bermaksud:

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Tengok gelagat manusia dalam kenderaan masing-masing, tengok kenderaan yang bertali arus di atas jalan raya, tengok pokok-pokok yang melambai-lambai & kadang2 terfikir sejenak tentang keluarga di kampung, tergambar wajah ibu ayah & adik2. Masa tu, rindu pada keluarga mulai datang, menguji jiwa penulis.

Satu lagi perkara yang penulis dapat sepanjang menggunakan bas adalah, kerjaya seperti pemandu bas & seumpamanya adalah pekerjaan mulia & halal di sisNya. Cuma tinggal manusia yang suka memandang mereka dengan pandangan hina hanya kerana kerja. Di buat suka hati, di caci maki, di marah sembrono. Usahlah kita cepat memandang kerja sebegini hina, padahal merekalah insan yang banyak menabur jasa. Setiap pagi sanggup menghantar pelajar ke tempat pengajian & mengambil pulang. Jika tiada pemandu bas ini, takkan pelajar samapi ke destinasi yang ingin di tuju tepat pada masanya. Takkan pelajar mampu belajar dalam kuliah dengan selesa tanpa pemandu bas menghantar mereka ke kampus.

Jadi, hargailah sekecil-kecil perkara yang ada di samping kita. Lebarkan sebanyak mungkin kebaikan waktu hayat masih ada, kerana mana tahu di sebalik semua kebaikan itu terselit kasih sayangNya. Sempitkan sebanyak mungkin peluang untuk melakukan kejahatan kerana mana tahu di sebalik semua kejahatan yang dilakukan bakal terselit kemurkaan ALLAH Yang Maha Esa.  


                

No comments:

Post a Comment