Thursday 2 January 2014

Fatrah Peperiksaan Akhir di Universiti



Bismillahirrahmanirrahim....

Al-Hamdulillah….syukur padaNya kerana masih diberi peluang untuk hidup di dunia yang fana ini. Moga ALLAH sentiasa merahmati & menyayangi penulis dan orang-orang yang disayanginya. Mungkin ini adalah ‘post’ terakhir sebelum penulis akan menghadapi fatrah@ musim peperiksaan akhir yang memerlukan fokusnya. Moga ‘post’ ini memberi manfaat kepada insan-insan bertuah yang singgah di laman blog QalamWardahZinnirah ini.

Pertamanya penulis memohon kebaikan hati pembaca blog ini untuk sama-sama mendoakan moga penulis & sahabat-sahabatnya dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang. Sedekahkan surah Al-Fatihah untuk kami semua. Moga terlakar hidayah dariNya. Lagipun doa muslim untuk saudara muslimnya yang lain sangat mustajab & didengar oleh ALLAH kerana ALLAH Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.

Ya ALLAH…takutnya nak menghadapi kertas-kertas peperiksaan dunia, tapi hati penulis lagi takut untuk berhadapan dengan ujian-ujian di akhirat kelak. Kata orang ni baru peperiksaan dunia belum masuk peperiksaan akhirat lagi. Bila cerita tentang takut, penulis suka membelek kalamullah yang sarat dengan pengajaran, penyembuh & penawar kepada segala kedukaan & ketakutan.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

186. dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Ayat di atas jelas memberi petunjuk kepada manusia yang berfikir bahawa ALLAH Maha Mendengar & memakbulkan doa-doa hambaNya dengan cara hambaNya mestilah mematuhi perintah ALLAH & beriman padaNya.

Sungguh…betapa bergetar & resahnya hati penulis saat melihat jadual peperiksaannya seperti termaktub di atas. InsyaALLAH jika diikutkan ini adalah peperiksaan terakhir penulis sebelum keluar berpraktikal nanti. Bakal bergelar graduasi, insyaALLAH dalam masa terdekat ini. Takut juga menyerang saat melihat kajian ‘thesis’ yang masih belum siap sepenuhnya. Moga ALLAH mempermudahkan kita.

Pesanan buat diri yang sentiasa lupa juga buat sahabat-sahabat seperjuangan selamat menempuh peperiksaan dengan hati yang tenang. Ingatlah belajar, belajar juga tapi hubungan dengan ALLAH hendaklah dijaga kerana kita memang berusaha yang menentukan kejayaan kita adalah ALLAH Yang Maha Esa. Ingat juga pada ibu bapa kita yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya walaupun kita berjauhan daripada mereka namun doa dikirim lewat setiap hela nafas mereka. Usah dilupa jaga & peliharalah anugerah terindah yang ALLAH kurniakan buat kita iaitu tubuh badan kita. Tidur biar cukup, makan biar berkhasiat. Hidup biar tenang, elakkan tekanan.

Moga bertemu di lain masa & ketika. Moga ALLAH merahmati & menyayangi kalian.


Sahabat-sahabat FPBU semester 7 2010-2014


No comments:

Post a Comment