Friday 17 January 2014

Inspirasi Cinta Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah…penulis masih diberi nyawa olehnya untuk hidup di dunia ini & meneruskan perjuangan sebagai hamba ALLAH dan khalifahnya. Kalian bagaimana? Juga masih diberi nyawa olehnya? Alhamdulillah, usah kita lupa untuk bersyukur padaNya duhai sahabat semua. Sudah lama rasanya penulis tidak menulis sesuatu pada blog ini.

Hari ini penulis nak berkongsi satu lagi pengalaman yang mungkin sahabat semua pernah alami atau mungkin tidak. Sekadar perkongsian & untuk menjadi tatapan untuk generasi penulis akan datang. Tak salah kan?

Alhamdulillah, ucapan syukur tidak terhingga terutamanya kepada ALLAH kerana telah mengurniakan pertolongan kepada penulis. Berkat doa semua sahabat & pertolongan dari ALLAH serta bantuan ‘supervisor’ penulis, Dr. Kirembwe Rashid Abdul Hamid & sahabat sekolah penulis, Wan Nur Nabila Husna bt Wan Aziz, penulis berjaya menghantar dan menyiapkan ‘thesis’nya. Syukur yang tidak terhingga padaNya.




Sejuta hikmah penulis dapat sepanjang menyiapkan ‘thesis’ yang berakhir pada tarikh 17.01.2014 semalam. Pada permulaan semester dulu, ramai kawan sekelas yang telah bertungkus-lumus menyiapkan ‘thesis’ sedang penulis tengah hilang semangat. Tajuk dah ada & dah diterima tapi tak tahu nak mula dari mana. Rasa macam berat sangat, hingga peperiksaan akhir pun penulis masih memikirkan tentang ‘thesis’nya yang pada pertengahan jalan menghadapi masalah bila data maklumat kajian hilang dalam ‘notebook’ kesayangannya. Sabar itu indah, rupanya ALLAH nak tunjuk sesuatu yang berharga buat penulis.

Hampir sahaja penulis buat keputusan untuk mengambil surat Tidak Lengkap (TL) untuk ‘thesis’nya, tapi selepas berjumpa dengan ‘supervisor’ semangat kembali menggunung tinggi. Penulis cuba mencari kekuatan menyiapkan ‘thesis’ walau pada saat itu tiada seorang pun sahabat yang datang membantu. Ada yang tahu penulis tidak menyiapkan lagi ‘thesis’nya tapi hanya sekadar tahu tanpa menyusun kata-kata semangat kepada penulis. Ada cuma tak ramai, antaranya, Nurul Mardiah Fadzil yang bakal bergelar isteri pada tarikh 24.01.2014 nanti.

Untung sahaja, ada Dr. Kirembwe Rashid Abdul Hamid yang memberi semangat & banyak membantu penulis menyiapkan ‘thesis’ pada saat akhir juga ada Wan Nur Nabila Husna Wan Aziz yang membantu penulis memeriksa margin, berjumpa pensyarah, ‘print’ ‘thesis’ & yang berkaitan dengannya untuk dihantar kepada ketua program. Penghargaan tidak terhingga buat kalian, hanya ALLAH yang mampu membalas segala pertolongan & bantuan kalian pada penulis. Jom sedekahkan surah al-Fatihah untuk orang yang telah membantu penulis saat dia keseorangan & kesusahan! Moga ALLAH pula memudahkan urusan dunia dan akhirat mereka.





Alhamdulillah, akhirnya ‘thesis’ penulis dapat disiapkan dengan baik. Betullah kata orang usaha tangga kejayaan. Inspirasi cinta Ilahi, akhirnya terjawab, setelah beberapa bulan kehilangan semangat & dirasakan hidup ini sangat sempit untuk penulis, dia ketemu pelangi di akhir perjalanannya sebagai mahasiswi universiti. Rupanya ALLAH sangat menyayangi penulis, ada berkat disebalik surah al-Fatihah, solat sunat dhuha, solat sunat hajat, puasa sunat, bacaan ayat suci al-Quran, menebar kasih sayang & kebaikan, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w (menjaga hubungan dengan ALLAH & dengan manusia) Hikmah yang amat bermakna buat penulis.

Teringat penulis pada firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

186. dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Setelah berusaha & berikhtiar serahkan usahamu pada ALLAH Yang Maha Kuasa. Bersangka baik pada ALLAH setiap kali ada mehnah atau ujian di setiap langkahmu. ALLAH Maha Tahu yang terbaik untuk hambaNya. Akhirnya, ‘ALHAMDULILLAH THESIS PENULIS TELAH SIAP’ projek terakhir di universiti sebelum melangkah ke alam praktikal di tempat kerja beberapa minggu lagi. Sujud syukur penulis atas segala anugerah & pemberianNya.


Kalian nak tahu apa yang penulis rasa selepas berjaya menyiapkan ‘thesis’? Bersyukur, rasa kepala sangat ringan. Perkara pertama penulis buat, teringat kat ALLAH yang meletak sejuta hikmah disebalik kesukaran penulis menyiapkan ‘thesis’ sebelum ini. Ke dua penulis terharu sangat atas pertolongan ‘supervisor’ dan sahabat baik penulis, Wan Nur Nabila Husna Wan Aziz. Kalian banyak membantu. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment