Friday 17 January 2014

Kenangan Terakhir di KKNC

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah, penulis masih punya kesempatan mencoret sesuatu pada blognya yang terkandung sejuta rasa. Nak kata blog ini tempat nak meluah perasaan tak jugak, nak kata blog ni tempat berkongsi perasaan tak jugak. Blog ini penulis gunakan untuk mengasah bakat penulisan supaya tak tumpul nanti. Blog ini jugak atas tujuan nak ajak semua manusia menebarkan kebaikan & keindahan Islam pada semua. Nak ajak diri penulis & semua umat Islam jadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. Nak bagitau & umumkan pada dunia kehidupan umat Islam tak seteruk yang dikata, tak seteruk yang dicerita. ALLAH dah atur yang secantiknya untuk hamba-hambaNya yang bergelar muslim.

Minggu terakhir penulis di kolej kediaman yang hampir 4 semester dia penghuni di sini. Sedikit rasa sebak di dada saat teringat kenangan indah di sini. Banyak perkara yang penulis belajar di KKNC. Sejujurnya penulis sedih bakal meninggalkan KKNC bukan kerana cantiknya tapi kerana kenangan yang di bina di sini. Semester pertama menunjukkan ketidak puasan hati penulis tinggal di kolej kediaman yang sangat jauh dari kampus. Tetapi setelah kembali ke sini semester 5, 6 & 7 sungguh mengubah persepsi penulis. Jauh itu indah & manis!

Ramai sahabat di sini memungkinkan segalanya indah pada mata penulis. Aktiviti yang selalu penulis & adik-adik tamhidi lakukan pada petang hujung minggu adalah ber’jogging’ mengelilingi tasik yang sangat indah. Selain untuk kesihatan tubuh badan, penulis boleh mengeratkan hubungan persahabatan dengan ‘junior-junior’nya di KKNC.





Satu hari penulis di ajak ‘hiking’ kat kawasan berdekatan dengan tempat penulis selalu ber’jogging’ dengan ‘adik-adik’. Sempat penulis merakam saat indah berada di atas bukit tersebut. Erm...tak perlu panjat bukit jauh-jauh. Menjelang maghrib penulis & sahabat2 pulang mahu mempersiapkan diri ke surau muslimat pula. Terima kasih kepada semua adik-adik KKNC yang sudi teman penulis ‘hiking that hill’. Gambar-gambar di bawah ini menggambarkan segalanya.





Ni je gambar yang sempat di rakam...Cantikkan?


Ni pulak singgah sebentar kat rumah yang baru dibina dekat dengan tempat 'jogging'.

Bahagia bila berada di kolej kediaman walaupun tak munkin seorang pelajar sarjana tahun empat mampu tinggal seorang diri di kolej kediaman yang paling jauh itu. Ada ALLAH yang membantu, ada sahabat yang menguat, ada doa yang mengiring, ada keyakinan yang membuak, itu yang mendorong penulis masih di situ. Ini memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi, kesabaran yang berlipat kali ganda, & keikhlasan yang tak mampu diukur oleh manusia biasa.

Itu sahaja ceritanya untuk hari ini. Terima kasih kerana membenarkan mata kalian memerhati & meneliti setiap bait kata di blog ini. Maaf andai khilaf mengganggu diri sahabat semua. Maaf andai coretan ini membuat kalian tak selesa kerna penulis cuma insan biasa yang mahu jadi luar biasa pada pandanganNya. Berjumpa kita di lain masa.

No comments:

Post a Comment