Thursday 2 January 2014

Pengalaman Manis di Ambang Tahun Baru 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...syukur sekali lagi atas nikmat yang ALLAH kurniakan kepada penulis dan semua orang yang disayanginya. Dengan nikmatNya penulis dapat berada di tahun baru 2014...dengan nikmatNya penulis dapat menghayati keindahan alam yang ada di sekelilingnya walau sudah ada yang tercemar oleh tangan-tangan rakus manusia... dengan rahmatNya penulis dapat menghembus nafas & menarik nafas sedalam-dalamnya...dengan rahmatNya penulis kini menjangkau umur 24 tahun seiring dengan tahun 2014 sekarang. Wah...usia penulis semakin bertambah! Semakin mendekat penulis dengan saat kematiannya.

Sahabat semua pernah sambut tahun baru? Tak pernah? Samalah penulis...tapi tahun baru kali ini penulis berkesempatan menyertai “Dakwah Street” di Dataran Nilai di ambang tahun baru 2014. Suasana yang tak pernah penulis lihat & saksikan sebelum ini. Menyeramkan dengan kehadiran bermacam-macam jenis orang yang terdiri dari kalangan masyarakat setempat yang kebanyakannya berbangsa Melayu.

Subhanallah...pengalaman yang sangat manis untuk dikenang. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu JAKSA Kolej Kediaman Nilam Court 2013/2014 di bawah kelolaan Biro Pembangunan Insan sempena Kempen Bulan Biah Solehah di kolej kediaman penulis kerana telah membawa peserta menyelami & mengetahui keadaan masyakat sekarang dengan cara turun padang.

Tak pernah dalam hayat penulis selama 23 tahun ini menyambut @ menyaksikan sambutan tahun baru dengan mata kepalanya sendiri. Kali ini dia memberanikan diri di samping kehadiran ‘roomate’ yang sangat setia menemaninya membuatkan penulis bertambah tekad untuk menyertai ‘dakwah street’ tersebut.

Nazirah Hashim...'my dear roomate'

Masa mula-mula sampai penulis & sahabat baiknya bertebaran meneliti & memerhati gelagat-gelagat masyarakat. Kamera mula memainkan peranannya. Kami berlegar-legar di sekitar Dataran Nilai. Sehinggalah kami menemui kumpulan kami untuk meneruskan usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat dengan cara yang lebih santai & diterima umum.

Dapat penulis saksikan sendiri bagaimana usaha adik-adik tamhidi untuk mengajak ramai orang mendengar tazkirah & sedikit lagu dari kumpulan yang telah dirancang sebelum ini. Detik 12 tengah malam kami disajikan dengan kilauan bunga-bunga api yang sangat cantik & menarik.




Kesimpulan yang boleh penulis garapkan setelah mendengar bait kata-kata dari salah seorang penganjur & penulis mengiayakannya ketika sesi ‘Sharing Moment’ keesokan harinya adalah:

-Peranan dakwah adalah hadir dari kesedaran diri sendiri. Sampai bila kita nak masyarakat terus leka & lalai dalam keseronokan dunia hingga lupa akan hubungan dengan ALLAH?

-Suasana masyarakat kadang-kadang mempengaruhi gerak rentak seorang pendakwah dalam menyampaikan keindahan & kebaikan Islam pada semua masyarakat. Contoh terdekat peserta ‘Dakwah Street’ sebenarnya dibahagikan kpd dua kumpulan satu kumpulan ke Up Town & satu kumpulan ke Dataran Nilai. Di Dataran Nilai tidak banyak masalah yang timbul cuma masalah teknikal tetapi di kumpulan Up Town menghadapi masalah dengan suasana yg sangat bising & kurangnya penerimaan dari masyarakat sendiri.

-Keberanian. Sungguh aktiviti ini memberi satu keberanian kepada pesertanya bagaimana cara untuk berhadapan dengan masyarakat sedangkan kita ingin menyampaikan kebaikan Islam. Berani kerana benar takut kerana salah kan?

-Peserta-peserta menyalami sendiri keadaan masyakat yang sebenar di mana mereka turun padang & menghampiri masyarakat pada ketika itu. Jika kita tak turun padang mendekati masyarakat sampai bila kita nak tahu & bagaimana pula kita nak menjadi ‘doktor ummah’ yang mengubat ‘penyakit’ masyarakat yang semakin parah ini?

-Aktiviti ini mengajar semua peserta & penulis sendiri untuk meletakkan perspektif positif terhadap semua orang. Usah kita banyak berburuk sangka kelak kita yang menelan padahnya.  What you give, you will get back. Awak bagi positif kat orang, positiflah yang awak dapat nanti.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud:

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
                                                                                                                                     




No comments:

Post a Comment