Tuesday 9 December 2014

Satu Hari Sebuah Buku

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Al-Hamdulillah...dengan izinNya penulis masih mampu untuk terus menulis dalam blog ini, mencurah idea yang mungkin merangsang jiwa untuk terus mendekatkan diri kepada ALLAH. Syukur tidak terkira di atas nikmat rasa bertuhan yang ALLAH anugerahkan kepada penulis. Nikmat bertuhan ini terus memberi kekuatan kepada penulis meneruskan kehidupan bukan hanya sebagai manusia tetapi juga sebagai hamba & khalifahNya. Biar berulang kali syukur ini dilafaz, biar berjuta kali ucapan ini terzahir, asal penulis yakin ALLAH sentiasa menemaninya, menzahirkan rasa cinta padaNya.

Al-Hamdulillah...masa cuti bersama-sama keluarga di kampung halaman sangat berharga buat penulis. Akhirnya terubat rindu berjauhan dengan keluarga setelah penulis kembali ke tanah air kecintaannya, bumi serambi Makkah. Dia kembali ke kampung halaman setelah usai tugas sebagai muaddibah. Namun rasa rindu pada ‘anak-anaknya’ yang ramai semakin menebal di jiwanya. Rindu pada keletah nakal anak-anak. Rindu pada panggilan muaddibah yang sentiasa di alunkan oleh ‘anak-anak’nya. Rindu untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna pada agama, rindu melahirkan generasi yang mencintai jihad di jalanNya.





Kerinduan itu tidak pernah padam & bakal meneruskan usahanya berjuang mendidik anak bangsa. Cuti di kampung memungkinkan segala aktiviti minatnya bakal terlaksana. Menyiapkan projek besar cerita hati, menulis dalam blog ini, membaca sebanyak mungkin buku, melayan karenah adik bongsu yang satu-satunya masih tinggal dengan mak ayah di kampung, meneman mama & ayah yang kesunyian, menjejak bumi tarbiah maahad semasa di sekolah menengah dahulu & banyak lagi aktiviti yang memenuhi masanya di kampung. 

Apa yang pasti dia takkan sunyi cuma bakal merindui sahabat-sahabatnya. Bila rindu bertamu apa lagi telefon NOKIA ‘paling canggih’ yang dia ada hanya menaip kata2 hikmah & menghantarnya pada sahabat2 sudah terubat rindu di jiwa. Itulah kerjanya walaupun dia tahu dia bakal kehilangan kredit sebab dia hanya mengguakan khidmat pesanan ringkas (sms) bukan wass up atau twitter yang diguna anak generasi sekarang. Apapun penulis bersyukur kerana dengan telefon itu, dia masih bisa berhubung dengan sahabat2 yang dirinduinya kerana ALLAH. 

Lama benar penulis menyepi, bukan tiada masa cuma terkadang kemalasan menghambat dirinya. Bila baca buku dapat semangat & idea sikit baru tergerak hati untuk menulis. Pendakwah zaman ini tidak seharusnya bersifat sebegini, jika beginilah pendakwah Islam, bila keindahan Islam akan sampai pada semua makhluknya yang bernama manusia. Hari ini penulis kembali dengan membedah sebuah lagi buku iaitu, majalah SOLUSI ISU 74 yang bertajuk, “Hijrah Hati”...mata akan melihat keindahan apabila hati sarat iman.

Seperti kebiasaan penulisan majalah SOLUSI ini sentiasa memberi solusi pada diri penulis. Ya, setiap kali dia membeli & membelek setiap isu penulis pasti akan terkedu tanpa kata kerana apa yang diulas dalam majalah ini punya kaitan dengan diri penulis. Ada sahaja kaitan yang dirasakan seperti batu mengetuk kepalanya, menghentak dirinya dari tidur yang panjang, menyuntik dirinya dengan keimanan kepada ALLAH yang nyata.

Hijrah hati adalah hijrah utama untuk membentuk diri seseorang individu menjadi hamba ALLAH & khalifahNya. Antara slot yang menarik diri penulis terus membaca buku majalah SOLUSI, Mari kita teliti puisi yang ditulis oleh Mohamad Sufyan Bin Saifuddin, Alor Setar, Kedah pada halaman 41 majalah SOLUSI ISU 74 ini!


MEREKA

“MEREKA” TERMAKTUB PADA HALAMAN KE-77,
BUKAN PADA HELAIAN MAJALAH KONTEMPORARI,
TETAPI PADA KALAM AGUNG ILAHI.

ANGKA 7 BUKAN CALANG-CALANG,
JIKA DIJADIKAN KEPADA DUA BAHAGIAN,
ADA 7 BELAH KIRI DAN 7 BELAH KANAN,
ADA PINTU TERTUTUP RAPAT, ADA PINTU TERBUKA LUAS,
PILIHLAH MANA-MANA KAMU SUKA.

AGAK MUSTAHIL MENJADI SEPERTI AINUL MARDIAH,
TETAPI MENCUBALAH BIAR SEPERTI ‘DIA’,
PADA ANGKA 19 DALAM BILANGAN SURAH.
BERDUA-DUAAN DENGAN BUKAN MAHRAM JAUH SEKALI,
BERSENTUHAN DENGAN AJNABI TIADA SEJARAHNYA,
PERBICARAAN SEKADAR MUSTAHAK SAHAJA,
NAMUN GANJARAN YANG ‘DIA’ PEROLEHI SEORANG NABI.

‘MEREKA’ YANG BAIK TIDAK DIPANDANG & TIDAK MEMANDANG,
‘MEREKA’ YANG SOLEHAH TIDAK MENGENALI & DIKENALI,
DI BIBIR TAK MENITI NAMA LELAKI & DI BIBIR LELAKI TAK
MENITI NAMA ‘MEREKA’.

JIKA TIDAK MAMPU GENGGAM ERAT PESAN INI DI HATI,
JANGAN SAMPAI JAUH DARIPADA DIRI,
JADILAH ‘MEREKA’ YANG DIREDHAI ILAHI.


Subhanallah...hati penulis tersentak saat membaca puisi yang puitis & penuh makna ini. Puisi yang menceritakan tentang surah an-Nisaa’. Tahu tak apa yang dimaksudkan dengan an-Nisaa’? Ya, an-Nisaa’ itu perempuan-perempuan.  Ingin sekali penulis menjadi an-Nisaa’ solehah yang menjadi dambaan syurga & yang dicemburui bidadari-bidadari syurga. Itulah impian akhirnya.

Dikesempatan ini penulis mahu mengajak hatinya, & semua sahabat terutamanya yang memegang amanah sebagai muslimah untuk mencontohi ‘mereka’ yang diceritakan dalam kalam agung Ilahi. Mereka itulah perempuan-perempuan solehah yang istimewa kisahnya diceritakan dalam al-Quran. Sungguh, puisi ini membuatkan penulis berfikir & terus berfikir.

Apa lagi yang ada dalam majalah SOLUSI? Takkan cerita pasal puisi ni je? Banyak lagi pengisian lain yang membina minda & menambah rasa bertuhan seorang manusia yang diisi dalam buku majalah ini. Usah risau belek sahaja buku ini yang cuma berharga RM10. Tak salahkan untuk kita menabung pahala akhirat, ya mungkin dengan membeli buku majalah solusi diri kita & orang sekitar kita akan merubah & berhijrah daripada tidak baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik. Jadi, jika kalian mahu tahu apa lagi cerita dalam buku ini, dapatkan majalah SOLUSI ISU 74 dengan kadar segera!

Setakat ini sahaja coretan penulis untuk hari ini, moga memberi manfaat buat ummah walau mungkin senipis kulit bawang sahaja. Kehadiran entri ini hanya mahu berkongsi apa yang baik tentang Islam, andai kehadiran blog ini menyukarkan sahabat, menambah luka di hati sahabat. Penulis menyusun sepuluh jarinya, memohon kemaafan... kehadirannya bukan mahu menunjuk bangga, kehadirannya bukan mahu mendabik dada menyatakan betapa baiknya dia, tetapi kehadirannya hanya mahu berkongsi kebaikan kerana dengan cara ini, dia terus mendekati kebaikan & mengingatkan dirinya pada ALLAH Yang Maha Esa. Moga ALLAH mengampuni segala dosa kita, ameen. 

No comments:

Post a Comment